Thursday, January 3, 2013
4 januari
Bicara tabib cinta
Kalimat cinta untuk tarikh 4 januari
Maulan Jalaludin Ar Rumi seorang ahli sufi yang
terkenal di dalam kitab masthnawinya mengatakan :
Cinta tidak dapat diterangkan dengan kata-kata
tetapi dengan pengalaman
Sememangnya sukar untuk mendifinasikan cinta, walau
dengan seribu perkataan pun masih tidak mampu mengambarkan hakikat cinta.
Mereka yang lahir pada tanggal ini adalah orang
yang suka memendam perasaannya. Mungkin ia juga adalah seorang yang pendiam
atau tidak gemar berkongsi kisah hidupnya dengan orang lain. Dalam percintaan,
orang yang lahir pada hari ini sering gagal mengungkapkan rasa cintanya kepada
yang ia cintai. Jika sudah memiliki pasangan, pasangan ini lebih romantik
kerana hubungan mereka tidak terikat dengan urusan meterial. Jika ia seorang
isteri, maka suaminya adalah orang yang sukar difahami tetapi sering menunjukan
kasih sayang tetapi bukan dalam bentuk kata-kata. Jika ia seorang suami,
isterinya kuat merajuk dan sering meminta untuk diperhatikan.
Allah a’lamu bi sawab
sab 3
form
1 n 2..semua comel2 heheh lelaki pakai seluar pendek..bukan mcm skrg dr
darjah satu dah seluar panjang..perempuan lak pakai pakai skirt...pakai
baju kurung jumaat jer hehhehe..rasanya couple antara pelajar takde
kot, kalau ada pun bau2 cinta monyet jer, aku ingat putri D sekolah SAB
dgn sepupu aku...yg lain tak berapa clear..aku lak dgn geng2
aku..sukiman, mazlan, nizam (ting 4 gi teknik jb) suka usik bdk2
perepuan yg cun2 terutama geng tocang.
time tu tak berapa seru
sgt...jrg ada cikgu yg garang..katanya guru besar time tu terkenal dgn
garangnya..cikgu nordin kalau tak silap..tp nampak ok jer, penolong
kanan petang cikgu yoe kalau tak silap bawa jer rotan sana sini tp tak
pernha pukul org pun, kalau siapa yg kena tu kira bertuah hehehe
member2 lain, norshaidi..mana gi ntah mamat ni..terahkir jumpa jadi akautan, ali pasar, rosman, chandaran,, byklah nama..bukan lupa..tp penat nak taip
tempat ponteng kat bwh bukit..time tu ramai boy2 yg konon nak cepat
besar mula dgn bangganya belajar merokok..tukang supply..aku..aduh
jahatrnya, teringat member namanya kamil..bukan kamil samad yg hensome
tu yg gi teknik, ni kamil putih kurus mcm cina...hisap rokok bukan kuar
asap..tp kuar air mata hehhehe,
zaman ni semua sibuk tyn dah balgh
ker belum hehehhe, maklum baru nak jadi lelaki, kalau ingat senyum
balik...mungkin anak2 kita sama gak kot tyn ngan kwn2 dia org. tp
bagusnya zaman tu..takde pun pemikiran luncah yg kuar..walau semua girl
time tu pakai skirt...
tp aku rasa aku tau sorang dua org mamat yg suka duduk bawah tangga,
aku rindu suasan itu lg...alfatiha utk yg telah meninggalkan kita terlebih dahulu
sab 2
awal
masuk sab satu kenangan yg sampai sekarang tidak boleh
dilupakan..awalnya aku protes ngan parents..minta sekolah yg tak campur
perempuan, maklum sekolah dr ngee heng..semua lelaki..awal2 masuk kena
test utk tentukan kelas...waktu itu member2 dr ngee heng pun ada gak tak
lah bosan sgt. 1st time duduk dlm kelas ada perempuan, oo camne ni
rasanya bila campur perempuan dlm kelas...mungkin paling cun waktu tu,
nama dia kalau tak silap nacy chew..anak polis heheh ingat beb..
bila dah tentukan kelas..jumpa group tocang lak..cantik2 lak beb...aku
ckp ngan mak..tak jadi pndah sekolah hehhe..sampai sekarang aku ingat
yatie.ketua darjah yg paling best n baik hati...sampai sekrang aku tetap
panggil dia ketua darjah...ketua darjah seumur hidup...suka tolong org n
tidak sombong...
dari situ mulalah kenal dgn berbagai student2 yg
lain..makin lama makin seronok, aku pun mulalah tambah nakal...tp pandai
cover line ngan parents.
waktu itu jg tersebar tentang kisah2 cikgu
yg garang..cikgu math..katanyanya ada sakit gila babi..nayar..raanya
semua org berdoa tak masuk kelas dia..
kita org dpt guru yg
baik..mrs woodall..terakhir jumpa dia jadi cikgu kat sekolah
convent..dia bawa team softball convent..aku bawa team sab...kat padang
dia jerit pagggil nama aku..dia ckp ingat aku lg pasal aku punya nakal
hehheeh
sab 1
mencari
idea bukan satu hal yg mudah..adakalanya org duduk berjam depan pc, ada
yg dlm toilet ada yg termenung tgk dinding perah otak. aku pula selalu
cari idea waktu drive jln jauh...sewaktu antar anak2 dr jb ke
kemaman..aku gerak tpat kul 12 mlm..sepanjang jln, hujan turun tak
berhenti..so terpaksalah simpan skill F1, anak2 lak asyik berdengkur,
hujan makin lebat..mata lak makin kuyu. barang kunyahan pun tak lot lg
utk hilangkan ngatuk...so jln terahkir cari idea..maka aku perah
otak..cari idea kot-kot leh kuar bila di perah...malangnyanya tak
muncul2...
tiba2 tiba aku teringat perjumpaan dgn bebrp ex student
SAB, maka mulalah memori kuno segar kembali...so sambil tersenyum aku
mengingat kembali beberapa peristiwa yg berlaku di alam persekolahan yg
aku sendiri tak merasa bangga dengannya, adakalanya aku malu bila ingat
kembali..tp hal tersebut telah berlalu, apa pun ia merupakan pengalaman
dlm alam kejahilan..walau sekrg masih tetap jahil. kerana ilmu masih
sedikit, jahil masih byk.
sab bukan lah sekolah yg
hebat...pelajarnya jg bukanlah sehebat sekolah2 pilihan tetapi aku tetap
bangga aku dr sab dan rakan2 sezaman dgn ku adalah manusia2 hebat dlm
bidang mereka masing2...nati sambung lg..nak solat zohor dulu
Saturday, October 3, 2009
lebuh raya pada musim raya
Lebuh raya pada musim raya
PLUS bukan lagi asing untuk pak beb, khusus jalan yang menuju ke Johor Bahru. Sebagai pengguna yang rutin, boleh dikatakan pak beb hafal betul dengan geografi PLUS ini. Selalunya pak beb lebih suka drive malam kerana cuaca yang sejuk dan ketenangan malam dan kurang kereta yang mengunakan PLUS pada waktu malam kecuali lori-lori pengakutan yang sedang berkhidmat.
Tetapi untuk menyambut hari raya, banyak kereta mengunakan lebih raya pada waktu malam, mungkin kerana ada potongan dari pihak PLUS. Tahun ini pak beb berhari raya di Johor Bahru dan seperti biasa pak beb akan bertolak lepas tengah malam. Sepajang perjalanan ke Johor Bahru, ada dua tahap lebuh raya, 3 lorong, iaitu dari kuala lumpur hingga ke air keruh dan dua lorong, dari air keroh ke johor bahru.
Seperti biasa pak beb bertolak selepas tengah malam, 18hb sep. kereta banyak tetapi lebuh raya lancer walau digangu dengan bebarapa pemandu bodoh. Pemandu bodoh ini bukan pemandu yang memandu laju tetapi pemandu yang memandu terlalu perlahan di lebuh raya. Mungkin mereka memegang pepatah kata “biar lambat asal selamat”. Pepatah itu ada benarnya tetapai bukan di lebuh raya. Kita tahu bahawa lebuh raya kita had lajunya 110km sejam, lebih dari itu akan disaman tetapi bagaiamana kalau yang memandu terlalu pelah? Seperti 80km sejam? Apakah mereka ini tidak menyusahkan yang lain juga, lebih-lebih lagi jika mereka memandu di lorong tengah. Mereka ini betul-betul menggangu penguna PLUS yang lain. Bila ada yang hon menegur mereka, mereka marah, seakan mereka tidak sedar mereka telah melakukan kesalahan dan menggangu kelancaran lalu lintas.
Sepanjang jalan balik jb, pak beb banyak bertemu dengan pemandu sedemikian, betul-betul merosak mood pak beb ketika memandu. Waktu pulang ke kl pun sedemikian. Waktu pak beb sudah masuk ke mrr2, lorong sebelah kanan kelihatan sesak, rupa-rupanya ada kereta yang memandu pelahan di lorong sebelah kanan. Semua kereta terpaksa memotongnya dari sebelah kiri, yang pelik nya, dia seakan tidak merasa bersalah bila ada yang menghonnya ketika memotong.
Inilah antara sikap pemandu kita. Mereka tidak mahu berubah atau tidak siap untuk menerima jalan tiga lorong. Pihak berkuasa perlu menyaman mereka yang memandu terlalu perlahan sebagaimana sama dikeluarkan untuk yang memandu terlalu laju.
Setiap tahun ratusan orang terbunuh di jalanraya pada musim perayaan. Memang tidak syak lagi ini kerana sikap pemandu kita yang tidak bijak mengunakan jalanraya. Sampai bila hal ini akan berterusan? Apakah jalan raya pada hari raya adalah musim kematian untuk kita?

kenangan dan harapan pada eidil fitri
Kenangan dan Harapan di Eidil Fitri
Sudah berapa tahun aku tidak dapat beraya pada hari pertama Eidul Fitr di Johor Bahru, jauh sebelum aku berpindah secara resmi ke Kuala Lumpur. Kali ini aku bersyukur kepada Allah kerana pada pagi Hari Raya aku di berikan kesempatan untuk mencium tangan kedua ibu bapaku. Setelah menunaikan solat Eidul Fitr, aku dan adikku Syed Faisol membawa anak-anak kami ke tanah perkuburan Mahmudiah. Dulu sunnah ini aku dan adik beradikku, kami lakukan bersama ayah kami yang kini telah uzur. Aku masih ingat lagi, setaip pagi raya, kami akan ke kubur arwah datuk dan moyang sebelah a bah dan ummi. Abah memang rajin membawa kami ke kubur. Selalunya pada hari jumaat atau pada hari raya dan kami selalu membersihkan kawasan kubur habib Nong dan habib Hassan, atuk dan moyangku. Kini giliranku untuk membawa anak-anakku ke kubur. Mengenalkan mereka kubur datuk-datuk mereka. Aku melihat mereka dengan penuh harapan, satu hari nanti mereka juga akan menziarahi kuburan ini bersama dengan anak-anak mereka yang mana ketika itu aku juga akan menjadi penghuni kuburan tersebut. Mungkin padangan dan harapan ini juga pernah dilalui oleh abah ketika setaip kali kami menziarahi kuburan Mahmudiah.
Setelah itu kami kembalik ke rumah untuk berehat. Selang berapa jam bapa saudaraku Syed Ali Al Attas bersama isteri dan anak-anaknya datang ke rumah untuk beraya. Ami Ali, 77 tahun, panggilan mesra aku kepadanya adalah presiden persatuan perniaga melayu Malaysia. Ia pangkat adik abah, boleh dikatakan dia adalah orang yang paling Berjaya dalam keluarga Al Attas Johor di dalam bidang perniagaan. Banyak perkara yang kami bincangkan termasuk izin untuk membawa abah dan ummi pindah ke kuala lumpur, kerana mudah untuk kami mengurus abah.
Selepas solat zohor, aku dan adik-adikku, Faisol dan Jay membawa abah untuk menziarahi kakak dan abangnya. Dulu waktu kami kecil, abah tidak pernah lepas untuk membawa kami menziarahi orang-orang tua dari keluarga kami, kini gilran kami untuk membawa abah. Sejak dia sakit, memang jarang sekali abah keluar dari rumah kecuali ke rumah sakit atau ke rumah anak-anaknya di kuala lumpur. Pertama kami ke rumah Nde jennah, nama betulnya Sharidah Zainnah Al Attas, kakak abah yang paling sulung, umurnya 97 tahun, masih kuat berjalan, Cuma matnaya kurang awas. Ketika dia menyambut abah, dia cium dan memeluk abah erat, seakan amat merindui abah. Kelihatan air mata abah dan nde jennah membasahi pipi mereka. Aku juga terharu, tanpa aku sedari, airmataku juga mengalir. Apakah aku juga akan sampai pada umur mereka? Apakah ketika aku uzur nati, anak-anakku akan membawa aku pergi berjumpa dengan adik beradikku? Atau anak-anak mereka akan membawa mereka menziarahi ku? Setelah itu kami pergi ke rumah ami Alwee, nama sebenarnya Syed Alwee Al Attas, 95 tahun, dia abang abah dan adik kepada nde jennah. Ami alwee petah bercakap, masih kuat berjalan ke mesjid. Seingat aku, sejak kecil lagi aku tidak pernah melihat ami alwee memakai seluar, kain yang digunakannya berwarna putih, katanya kain untuk kafannya nanti.
Semua adik beradik abah umur panjang, abah sendiri 86 tahun, adiknya yang bungsu, nde chum, nama sebenar Sharifah Kalthum 75 tahun, tinggal di kuala lumpur, kami jumpa pada perjumpaan keluarga pada hari raya ke dua di rumah ami Ali. Cuma nde jahra, nama sebenarnya Sharifah Zahra telah meninggal dunia kerana kemalangan, ketika itu umur ku 14 tahun.
Sememangnya waktu itu bergerak bagai awan, pelahan tetapi tanpa kita sedari, ia telah meninggalkan kita. Banyak dari keluarga abah dan ummi telah tiada. Banyak Sepupu-sepupu abah yang biasa aku ziarahi ketika hari raya juga telah menjadi marhum. Jenerasi kini tidak semesra dulu, antara keluarga kini menjadi orang asing. Dulu, rumah bapa-bapa dan ibu-ibu saudara ku di kg Wadi Hassan sentiasa terbuka untuk anak-anak buah. Kg Wadi Hassan yang terletak di dalam bandarraya Johor Bahru kini kosong dan malap, tiada lagi kemeriahan, tiada lagi kedengaran suara-suara riang, suara-suara kecoh pada malam Eidil Fitri, kg Wadi Hassan ini telah menjadi kampong mati.
Kini aku telah kembali ke kuala lumpur. Entah sempat lagi aku menziarahi bapa dan ibu suadara ku pada Eid yang akan datang? Siapa yang tahu kecuali Allah, mungkin aku yang dijemput dahulu olehNya. Aku rindu masa-masa yang lampau, keadaan yang riang dan bersahaja. Waktu aku dapat mencium tangan setiap sorang dari ahli keluarga yang lebih tua dan mereka menerimaku dengan penuh keikhlasan dan konfelik keluarga. Kini semua hanyalah kenangan dan harapan yang pasti tidak akan muncul kembali. Aku mencintai setaip sorang dari ahli keluargaku walau apa juga perasaan mereka terhadapku.
Semoga Allah mengampuni dan merahamati mereka-mereka yang telah meninggalakan alam fana ini. Al Fatiha aku hadiahkan kepada mereka khususnya kepada marhun Habib Hassan bin Ahmad Al Attas serta putera dan puterinya, tok nong, tok salem, tok yed, tok lah (Tuan Muda) ababa jennah dan lain-lain, menantu-menantunya, habib Alwee bin Abdullah dan lain-lain, cucu-cucunya, Syed Ahmad Idrus, ami hadad, ami hamid, ami Hassan bin Salim, ami Alwee dan lain-lain, cicit-cicitnya, sh dora, sh radiah, sy nong, abg pee, sy haidar, abg mamar, sy jamal dan lain-lain.
Dan Fatihah juga untuk keluarga sebelah ibu ku, dari moyang hinggalah kepada sepupu-sepupu yang telah meninggalkan dunia ini.
Dan tidak lupa juga kepada guru-guru yang telah mendidikku baik secara formal atau tidak, khususnya Habib Hussin Al Habshe, Habib Moshein Al Attas dan Habib Abdullah Al Habshe.
Semoga mereka dibangkitkan bersama dengan Rasulullah dan Ahlul Baitnya, Amin Ya Rabalalamin.

Subscribe to:
Posts (Atom)