Friday, June 27, 2008

Jika semuanya senang

Siapa yang suka susah? semua orang yang waras tidak suka yang susah, jika ada yang mengatakan bahawa ia suka yang susah, ertinya orang itu perlu diperiksa tahap kewarasannya.

Semua yang bergerak dalam dunia hari ini, bergerak dari yang susah ke arah yang senang dan mudah. Jika ada yang bergerak sebaliknya, maka berhati-hatilah dengan orang itu. Apa saja yang kita ketemui hari ini semuanya lebih senang dari dulu. Jangan lihat jauh-jauh, toilet rumah cukuplah, dulu, najis angkat pakai tong, bila penuh, dulu ada orang tugasnya malam-malam pergi ke jamban rumah orang, tapi bukan untuk skodeng tapi untuk ambil najis, dulu jamban di luar rumah, sekarang dalam rumah, dulu punyalah payah bila mahu ke jamban, terpaksa pakai lampu suluh bila malam, sekarangkan sudah mudah, hamper setiap bilek tidur ada toilet, ada rumah yang ada sampai 3 toilet. Itu baru toilet, belum lagi yang lain, semuanya dulu susah, sekarang sudah senang.

Tapi kita mesti ingat, bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah! apa yang kita kecapi hari ini adalah dari sikap usaha yang gigih bukan berpeluk tubuh tanpa melakukan apa-apa. Pasti akan datang akan menjadi lebih senang dari hari ini, toilet akan datang pasti lebih canggih dan lebih mudah dari hari ini, dan mereka yang hidup hari itu akan melihat bertapa susahnya toilet yang kita gunakan hari ini.

Kesenangan akan datang bermula dari hari ini, hari ini yang menentukan apa yang akan terjadi pada masa depan. Jika kita mahu susah pada waktu akan datang, maka kita boleh peluk tubuh kita dan tidak buat apa-apa, dan bukan susah pun, Cuma akan datang kita akan merana. Siapa yang mahu merana, susah pada masa depan, maka jangan buat apa-apa pun bermula sekarang ini. Tapi jika anda masih waras, maka berusahalah untuk menjadi senang pada waktu akan datang.

Bila hidup tidak bermaya

Setiap orang ada masalah sendiri dan pasti mereka menganggap masalah mereka adalah masalah yang paling besar dan seakan beban yang tidak mampu ditanggung. Bukan semua orang mampu menghadapi masalah dan lebih parah lagi bukan semua orang mampu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Mereka-mereka yang tidak mampu memikul masalah dan tidak mampu menyelesaikannya sering menanggap bahawa hidup mereka sudah tidak berguna lagi. Tiada lagi kemanisan dalam hidup, yang ada hanya racun. Setiap detik yang berlalu ibarat pedang-pedang tajam yang meyiat-yiat tubuh mereka. Mereka tidak bermaya dalam meneruskan hidup, berfikir pun mereka tidak mampu. Mereka menyerahkan diri mereka kepada apa saja kemungkinan yang akan berlaku. Tetapi malangnya ada dikalangan mereka ini juga takut untuk mati. Jadi hidup susah, nak mati pun susah.

Bagaimana perkara ini berlaku ke atas diri kita? Apa yang akan kita lakukan? Apakah kita akan berserah pada takdir? Bukan mudah untuk menjawab hal ini, mungkin saja ia belum berlaku atas diri kita dan jika ia berlaku,apakah kita sudah siap? Maka kita perlu meyiapkan diri sebelum ia berlaku. Berfikir sebelum kita tidak mampu berfikir. Belajar menyelesaikan masalah sebelum diserang masalah. Jadilah army of life yang hebat sebelum memasuki medan peperangan hidup yang hebat.

Tuesday, June 17, 2008

Ilmu lagi

ILMU 7

Orang yang berilmu adalah mereka yang tidak kenyang dengan ilmu dan tidak menampakan diri mereka kenyang dengan ilmu. Harga dan nilai seseorang itu pada apa yang ia tahu maka jangan malu untuk menuntut ilmu dalam apa juga kondisi. Jika kita bukan seorang ilmuan maka jadilah pendengar yang sabar dan jangan campurkan ilmu dengan gurauan kerana itu akan menghakis ilmu. Melalui belajar ilmu itu dihasilkan dan dengan mengajar kita akan dimuliakan.

Ilmu 8

Belajarlah apa yang kita tidak ketahui dan mengajarlah apa yang telah kita ketahui. Ilmu adalah kemuliaan pemiliknya di dunia dan kemenangan di ahkirat. Barangsiapa yang faham, ia akan mengetahu betapa dalamnya ilmu. Orang yang merasa cukup dengan ilmu yang ia milki bererti ia jahil. Tiada kebosanan bagi yang menuntut ilmu dan ketekunan adalah rakan karib penuntut ilmu.

Ilmu 9

Sesiapa ingin berbuat baik kepada dirinya, maka cintailah ilmu dan berusaha untuk memperlajarinya. Jika kita tidak memiliki kesabaran dalam menuntut ilmu, kita akan berada dalam kebodohan selamanya. Tidak ada jalan mudah untuk memperlajari ilmu. Tujuan ilmu adalah ketenangan dan keluhuran budi. Ilmu tidak berberbuah jika tidak diringi dengan kemurahan dan keluhuran hati.


Ilmu 10

Tidak ada sesuatu yang lebih baik dari akal yang bersama ilmu, dan ilmu bersama keluhuran budi dan keluhuran budi bersama dengan kekuatan. Mereka yang meyembunyikan ilmu bereti tidak yakin dengan kebenaran yang ia dapatkan. Pelajarilah ilmu dari yang mengetahui dan ajarilah kepada yang tidak tahu necaya kau akan mengetahu apa yang kamu tidak tahu dan mendapat manafaat dari apa yang kamu tahu. Keindahan ilmu itu dengan penyebarannya, buah ilmu dengan mengamalkannya dan penjagaanya adalah dengan menempatkan ilmu kepada ahlinya.

Ilmu 11

Zakat ilmu adalah memberinya kepada yang berhak menerimanya dan melatih diri untuk mengamalkannya. Kesyukuran orang yang berilmu juga sedemikian, iaitu dengan mengajarnya dan mengamalkannya. Ilmu yang tidak diamalkan ibarat ubat yang tidak memberi kesan. Yang menyembunyikan ilmu ibarat orang yang bodoh. Kewajipan orang yang berilmu adalah menjauhkan dirinya dari dosa dan mengajar kepada yang menginginkannya. Allah tidak akan menghukum orang bodoh suapaya dia belajar sehingga Ia menghukum orang berilmu agar mengajarkan ilmunya.

perlukah kita berjaya

Perlukah kita berjaya?

Perlukah kita berjaya? Soalan yang anda sendiri tahu jawapannya. Siapa yang mahu gagal, semua orang mahu berjaya. Tidak kira apa juga yang ia lakukan, ia mahu berjaya, walau pun dia sorang penyamun, dia mahu jadi penyamun yang berjaya, jika dia seorang penipu, dia mahu menjadi seorang penipu yang berjaya juga. Begitu juga dengan urusan-urusan yang lain, setiap orang mahu berjaya dalam apa saja yang ia ceburi.

Keinginan untuk berjaya membuat sesorang itu akan tekun mengejar kejayaan, tumpuannya hanya kepada itu bukan yang lain. Setiap halangan yang datang akan dilepasi tidak kira susah atau mudah, seakan kejayaan itu milik dirinya saja bukan milik orang lain. Seperti orang yang sedang berlumba lari, tumpuan adalah tempat yang pertama. Juara adalah miliknya, tempat kedua dan seterusnya adalah milik orang lain.

Tamakkan kejayaan adalah sifat orang yang ingin berjaya. Jika anda tidak memiliki sifat ini bererti ada sesuatu yang tidak kena dengan anda. Mungkin anda merasa puas dengan apa yang anda miliki sekarang. Jika benar bererti anda bukan orang yang layak untuk menjawab soalan di atas kerana soalan di atas adalah milik orang yang ingin berubah dan inginkan yang lebih baik. Cabar diri anda! Jadilah orang yang berjaya!

kesabaran dan kesedihan apakah boleh bersatu

KESABARAN DAN KESEDIHAN APAKAH BOLEH BERSATU?

Seseorang bertanya , “kenapa amat susah untuk mendapatkan kesabaran dalam ujian Allah ?, walau lidahnya mengatakan ini adalah ujian Allah tetapi hatinya tetap bersedih atas ujian tersebut”.

Hal di atas memang sering berlaku dalam diri kita dan masyarakat, Cuma bagaiamana kita mengatasinya. Pertama mari kita memilah-milah soalan di atas supaya mudah kita menganalisanya dan menjawabnya..

Sabar dengan ujian Allah.
Ada empat bentuk sabar. 1. sabar atas musibah (ujian). 2. sabar atas ketaatan. 3. sabar dari maksiat. 4. sabar dalam melakukan ibadah.
Jika kita mahu membahas satu persatu dari empat bentuk sabar ini, bererti kita perlu menulis sebuah buku, oleh itu kita akan hanya membahas sabar yang pertama iaitu sabar atas ujian atau musibah.

Musibah ini pula ada dua jenis, pertama yang datang dari Allah dan yang kedua datang dari manusia. Musibah yang datang dari manusia tidak tidak ada yang lebih besar dari kejahilan. Adakalanya apabila kita ditimpa kesusahan akibat kesalahan kita sendiri lalu kita anggap ia adalah ujian dari Allah. Insafkan diri kita dari menuduh Allah atas kesilapan kita. Perbahasan ini panjang dan tidak akan kita bahaskan di sini.

Musibah dan ujian dari Allah tidak semestinya berbentuk kesusahan tetapi adakalanya ia merupakan kesenangan. Dengannya Allah menguji kita apa yamg akan kita lakukan dengan kenikmatan yang Ia berikan. Musibah kesusahan adakalanya bersifat universal seperti bencana alam dan bersifat individu, ke atas diri-diri kita. Musibah individu ini tidak Allah berikan kecuali Allah telah siapkan diri hambaNya terlebih dahulu. Tidak ada musibah yang Allah berikah kecuali hambaNya telah memiliki kekuatan untuk memikul musibah tersebut. Setiap musibah ada jalan untuk mengangkat darjat manusia ke maqam yang lebih tinggi, jika ia bersabar dengannya, jika tidak manusia akan tercampak jauh lebih rendah dari haiwan.

Bagaiamana untuk sabar
Setelah kita pasti musibah yang kita hadapi bukan disebabkan diri kita sendiri. Contohnya setelah kita berusaha dalam perniagaan dan mengambil kira segala aspek, kita tetap gagal, bererti Allah telah menyelamatkan kita dari perkara yang tidak baik untuk kita. Begitu juga hal-hal yang lain seperti percintaan, pekerjaan, projek dan ribuaan kes lain. Apa yang kita perlu tanamkan dalam diri kita adalah musibah yang datang ini kerana Allah cintakan kita dan mahu kita mendapat yang lebih baik lagi. Dengan ini kita akan menanam sifat sabar atas musibah dan ujian dari Allah ke atas diri kita.

Apakah kita patut bergembira?
Banyak gembira akan membuat hati kita menjadi kasar dan mati dan akan hilang rasa peduli. Kesedihan dan menangis akan melembutkan hati. Kita akan lebih banyak untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. Wajar kita merasa bersedih jika sesuatu yang kita inginkan terlepas dari diri kita dan ini tidak bertentangan dengan sabar yang perlu kita tanamkan. Tidak bercanggah dalam kita bersabar atas ujian Allah, kita juga bersedih. Bila bersedih kita akan lebih banyak berdoa agar Allah akan membantu kita dalam urusan-urusan yang seterusnya. Kegembiraan pula akan menyebabkan kita merasa cukup dan tidak perlu berdoa. Mintalah sesuatu dari Allah lihat baik untuk kita jangan apa yang kita rasa baik untuk kita.

wassalam

Sunday, June 8, 2008

life goes on

harga minyak naik, nak pergi jb pun sekarang fikir 7 8 kali kalau nak drive, naik bas, harga bas naik gak, semua org marah.... mereka semua minta pemilik bas dikenakan tindakan. kesian org ramai, tapi apakah pemilik bas ini patut dikenakan tindakan? mereka juga seperti yg lain menjadi mangsa, jika mereka dikenakan tindakan, maka org2 yg bertanggung jawab menaikan harga minyak pun sepatutnya dikenakan tidakan gak,tapi sape patut yg mengambil tindakan ke atas mereka? tapi yg menentukan harga minyak bukan mereka...ada yg lebih besar lagi, perosaknya adalah amerika, syaitan besar, kita masih sibuk pakai dollar, ni lah jadinya? dunia beli minyak pakai dollar, dollar pula bukan ada nilai emas macam mata wang negara-negara lain, so dia org nak cetak dollar pun ikut suka ati gak.

pak beb kat pudu ni, dtg pukul 12.30 semua bas penuh, bas yg paling cepat pukul 3.30, harga pula naik...selalunya pakbeb akan bas tertentu saja utk naik, serik kena tipu dtg penjual tiket bas, katanya bas bagus tapi rupanya haprak, entalah kali ni, nasib baik kat pudu dan ada cc, boleh gak menulis sikit. buruk2 pun kena naik gak pasal kena gi jb gk ari ni, macam harga minyak naik, takan kita nak bunuh diri lak? hidup kena teruskan gak, cuma hidup kena lebih bijak dan lebih cermat, sekarang gaji 4..5 ribu pun takde nilai dah, apa lagi yang bawah 3 ribu