Tuesday, July 29, 2008

Antara ektrim dan pasif

Ada orang bertanya kepada pak beb, bagaimana hendak mengatasi masalah yang dia hadapi, dia seorang yang sentiasa ragu dalam mengambil keputusan.

Pertama pak beb ucapkan taniah kepadanya dahulu, kerana dia tahu yang dia sedang menghadapi masalah, jika dia tidak tahu, itu parah dan bahaya untuk dirinya.

Kedua, pak beb menerangkan kepadanya bahaya jika kita ragu atau tidak mengambil keputusan yang cepat dalam semua hal, juga bagus kerana ada sebahagian perkara memang perlu untuk kita mulakan dengan keraguan atau lebih berhati-hati, seperti hal-hal yang bersangkutan dengan masa depan atau memilih pasangan hidup. Tetapi jika hal-hal yang remeh pun kita kena hati-hati atau susah untuk memilih, itu yang payah. Contohnya untuk makan pun kita terpaksa memikir panjang, atau memilih antara dua pasang pakaian untuk kita pakai selama berjam-jam.

Apa pun kita tidak boleh terlalu ektrim atau pasif dalam mengambil keputusan, walau pun disebahagian perkara memerlukan kita ektrim dan disebahagian lagi kita perlu bersifat pasif.

Thursday, July 24, 2008

Rahsia umrah free

Keluar Negara bukan hal yang asing untuk pak beb, dan setiap pejalanan memiliki kisahnya yang tersendiri. Dan rata-rata perjalanan pak beb bermula dengan kosong ringgit. Begitu juga dengan umrah kali ini. Sememangnya keinginan untuk melakukan umrah memang ada tapi kesibukan dan masalah kewangan membuatnya hanya tinggal niat. Lagipun pak beb ingin sekali pergi untuk berubat di sana, baik untuk fizikal maupun maknawi
Perjalannan pak beb ke tanah suci Mekah dan Madinah bermula, apabila kawan pak beb bertanya, apakah tahun ini pak beb tidak membuat rombongan ke untuk Umrah. Dia mengatakan bahawa dia dan isterinya ingin sangat untuk mengerjakan ibadah umrah tahun ini dan khususnya di bulan Rajab. Bermula dengan itu pak beb pun mula bertanya dengan kawan-kawan yang lain siapa yang ingin mengerjakan ibadah umrah. Akhirnya terkumpul 12 orang, dan dengan jumlah itu melayakkan pak beb mendapat tiket percuma dan malah berserta dengan wang poket sebanyak rm 150 untuk seorang sebagai upah ‘mutawef’ atau pemandu rombongan untuk urusan ibadah dan ziarah

Wednesday, July 23, 2008

Umrah

Umrah
Alhamdulillah sekali lagi pak beb diberikan rezeki menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan ibadah umrah. Dan ini bukan pertama kali pak beb pergi dengan tidak ada duit di tangan. Bukan sahaja duit poket tapi duit tambang pun tidak ada. Tapi syukur semuanya berjalan lancar..pergi dan kembali dengan selamat.

Mungkin ramai akan bertanya macam mana pak beb boleh pergi dengan tidak ada duit? Pak beb sentiasa yakin, bila Allah mahu kita menjadi tetamunya, apa pun tidak boleh menghalang, walau pun tidak ada duit sekali pun.

Cuaca panas kota madinah dan mekah membuat kehangatan ibadah dengan penuh rasa rindu dan cinta terhadap Rasulullah dan keluarganya di Madinah dan Rumah Allah di Mekah. Terutama bila umrah dilakukan dalam bulan rajab, bulan umrah Rasulullah.

Segala doa teman-teman amat pak beb hargai dan pak beb sentiasa mendoakan semua di tempat-tempat suci di Mekah dan Madinah.

Wednesday, July 9, 2008

Antara tekanan dan ganguan jin

Semalam 8hb 7. 2008, pak beb ke jb, sebelum pulang ke Kuala Lumpur, sekitar pukul 8.30 malam, Pak Beb di jemput ke sebuah rumah di area larkin. Tujuannya untuk melihat ayu (bukan nama sebenar) yang menderita sakit akibat ganguan makluk halus. Ayu berusia 18 tahun, yang mendapat 4 A dalam peperiksaan SPM, baru-baru ini, gagal mendaftar diri ke UITM kerana ganguan yang dialaminya.

Setelah sampai, pak beb terus membuka Al Quran dengan membaca ayat-ayat tertentu untuk mendapatkan pedoman, apa sakit yang di alami oleh ayu. Dari kandungan ayat tersebut, pak beb faham bahawa punca sakit ayu adalah tekanan perasaan kerana ia menganggap 4A dalam SPM sama dengan erti kegagalan. Sejak itu ia dilanda kemurungan dan mula bercakap sendiri, jiwanya terlalu lemah hingga menyebabkannya mula diganggu oleh makluk halus atau jin, walau pun ketika pak beb melihatnya semalam, tidak ada lagi jin bersama dengannya, Cuma hanya ada kesan-kesan kehadiran jin sebelum ini.

Pak beb mula mengubati ayu dengan cara yang biasa pak beb lakukan dan berjanji kepada ibu ayu, pak beb akan dapat lagi selepas 2 minggu. Apa yang ingin pak beb sampaikan di sini bukan cerita jin, tetapi kemurungan yang dihadapi oleh orang seperti ayu. Kes seperti ayu bukan kes yang pertama yang pak beb alami, mungkin yang ke 7 atau ke 8, pak beb berhadapan dengan anak-anak muda yang mengalami tekanan perasaan. Kesemuanya mereka adalah pelajar cermelang tetapi mereka merasakan bahawa mereka masih gagal mendapat target yang mereka harapkan. Mereka merasakan bahawa keluarga akan memarahi mereka kerana menganggap mereka gagal. Jiwa mereka mula tertekan. Ada seorang ayah pernah mengantar anaknya ke doctor kerana anaknya mengalami sesak nafas dan mula bercakap sendiri. Keputusan doctor amat memerajatkan, anaknya tidak ada sakit apa-apa pun. Dia pun membawa anaknya untuk bertemu pak beb, dan dari ayat-ayat Al Quran, pak beb faham bahawa, anaknya mengalami tekanan perasaan bukan kena ganguan makluk halus atau hantu.

Remaja yang seperti ini sering inginkan tumpuan dan perlu kepada dukungan keluarga untuk menguatkan mereka, rakan-rakan juga boleh memainkan peranan penting supaya tekanan ini dapat diatasi. Dari kes-kes seperti ini, memang terbukti bahawa keluarga memang saying kepada mereka tetapi mereka tidak tahu punca sebenar penyebab anak-anak mereka tertekan atau mereka tidak tahu yang anak-anak mereka sedang tertekan. Mudah-mudahan kes yang seumpama ini tidak banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

Tokey hantu dan lawyer hantu di Janda Baik

Janda baik, pondok pak habib, tempat Team PSI (dulu dikenali sebagai Seekers Malaysia) pimpinan Uncle memerahkan segala urat sendi dari kepala hingga ke kaki untuk menyelesaikan buku 99 Jelmaan Makhluk Halus dengan Antropologi Melayu. Janda baik yang terkenal bukan kerana jandanya tapi kerana keindahannya kini diindahkan lagi dengan kajian terperinci tentang makhluk halus dan adat resam melayu. yang sentiasa tidak melepaskan diri dengan doa dan mentera apabila sakit.Uncle memamparkan hantu sebagai satu subjek seni yang indah, bukan seperti bahan untuk menakutkan anak-anak yang nakal atau untuk memenuhkan poket tokey-tokey filem yang menakutkan para penonton filemnya. Bukan untuk sedap jer orang hari ini kena bayar, untuk takut pun kena bayar. 99 jenis hantu bukan cerita hantu, uncle di sini umpama tokey hantu yang memperkenalkan hantu-hantu tersebut dalam bukunya yang teramat lengkap. Semua hantu itu di kenalkan ibarat pereka fesyen yang mengenakan busana ciptaannya kepada model-modelnya yang cun melecun. Tidak salah untuk dibayangkan oleh para pembaca buku tersebut, uncle sedang berjalan di atas pentas dan diikuti oleh 99 hantu serta diikuti oleh tepukan gemuruh para penonton.Hantu sering di anggap sebagai objek yang menakutkan nombor wahid negara. Di mana dikatakan ada hantu, orang mesti takut. Bomoh-bomoh jadi laku kerana ada hantu. Kalau takde hantu pun , para bomoh mengatakan ada juga, yang mendengar pun mengangguk kepala tanda setuju dengan bomoh. Padahal bomoh itu sendiri lebih hantu dari hantu. Kesian hantu, siapalah nak membela hantu dari bomoh-bomoh sengal ini. Di sini uncle bertindak untuk membela para hantu ibarat sebagai seorang lawyer yang membela anak guamnya. Uncle cuba memahamkan pada masyarakat bahawa hantu itu tidak membahaya, hantu tidak tipu duit orang sebagaimana sebahagian bomoh. Untung hantu di nusantara kerana ada lawyer macam uncle.4 tahun uncle dan krew psi membuat kajian untuk menulis buku ini. Tidak sedikit bomoh yang beliau cabar. Beratus ribu RM telah dikeluarkan untuk pergi ketempat-tempat berhantu dan tak pernah sekali pun uncle kena cekik dengan hantu. Kena cekik dengan harga minyak naik adalah bukan kena cekik dengan orang minyak hehhehehe.Tapi siapa peduli, orang tetap seronok kalau buku cerita hantu itu menakutkan malah mereka sanggup beratur untuk keluarkan duit untuk menjerit menonton cerita hantu.Maka buku ini uncle tulis buku ini bukan untuk golongan ini, membazir saja mengabiskan masa 4 tahun untuk dibaca oleh golongan ini.Sewajarnya uncle hanya mencetak hanya 99 naskah dari buku tersebut dan menjualnya dengan harga RM999.99, supaya buku yang amat bernilai ini tidak dsentuh atau dibaca oleh golongan dengan seronok dengan hantu yang menakutkan dan suka ditipu oleh bomoh.

sila lihat http://uncleseekers.blogspot.com

Sunday, July 6, 2008

kenduri kawin

Kenduri Kawin
Tribute to Hasnizar (jai) dan NurHafiza (fiza)
Semoga ikatan pernikahan hanya dipisahkan oleh hayat. Akan diperbanyakan zuriah. Dan sabar mengharungi lautan gelora kehidupan dengan bahtera ikatan suci suami dan isteri

Di mana-mana orang buat majlis perkawinan. Papan tanda arah terpacak di mana-mana, kadang-kadang dalam satu taman perumahan, sampai ada tiga empat majlis ada kenduri kawin, maka jadilah seperti perang sepanduk pilihan raya, untuk menunjukkan arah tempat keduri perkawaninan. Tujuannya Cuma satu, untuk memudahkan para jemputan untuk sampai. Menyahut jemputan ini membesarkan hati mempelai dan keluarga demi meraikan hari penting kedua mempelai. Ribuan duit telah ditaburkan untuk meraikan perkawianan, maka sewajarnya, mempelai dan keluarga mereka berharap sangat para jemputan untuk hadir.

Cerita tentang duit ini, bukan sedikit yang perlu dibelanjakan untuk mendirikan rumah tangga, walau pun mas kawin tidak seberapa tetapi hantaran kawin seperti harga minyak juga naik tidak pernah turun. Itu belum termasuk hadiah hantaran yang perlu diberikan. Baik keluarga lelaki maupun perempuan, mahu perkawinan anak mereka diraikan, maka kenduri perkawinan perlu dibuat, dan tidak sedikit wang yang perlu dikeluarkan untuk itu. Memang seronok bila keluarga akan berkumpul untuk saling membantu menjayakan keduri kawin, saudara mara yang jarang jumpa pun akan menjengok muka, maka akan terpupuk silahturrahim. Suara riang kedengaran, generasi baru pula berlari bermain sesama mereka. Semuanya seronok, semuanya gembira, banyak kisah-kisah lama diceritakan kembali disilang dengan gelak ketawa, yang lama tidak jumpa bertukar khabar. Ikatan kekeluargaan dikuatkan kembali.

Tuesday, July 1, 2008

Bencinya

Apa yang paling kita benci?
Pasti setiap orang ada saja perkara yang dia paling benci. Ada yang tak suka sifat-sifat orang, ada yang tak suka jenis-jenis makanan, ada yang tak suka warna, ada yang tak suka fehsion, ada yg tak suka jenis filen dan bermacam-macam lagi.

jika ada benda yang kita benci pasti juga ada yang kita suka, berlawanan dengan apa yang kita benci. Takan kita nak benci semuanya kot, pasti ada juga yang kita suka, yang lelaki tak suka perempuan pun ada juga yang dia suka hhehehe faham sendiri maksudnya.

Jika kita ada perasaan benci ertinya kita masih normal, lebih-lebih lagi kalau yang kita benci itu benda atau sifat yang tidak baik..seperti dadah, penipu, perompak dan sewaktu dengannya.

Jika ada orang yang mengaku yang dia suka semuanya, hmm orang ini mesti tak normal untuk hidup dalam masyarakat. Hati-hati kalau jumpa manusia jenis ini.