Thursday, May 22, 2008

Perlukah kita berjaya?

Perlukah kita berjaya? Soalan yang anda sendiri tahu jawapannya. Siapa yang mahu gagal, semua orang mahu berjaya. Tidak kira apa juga yang ia lakukan, ia mahu berjaya, walau pun dia sorang penyamun, dia mahu jadi penyamun yang berjaya, jika dia seorang penipu, dia mahu menjadi seorang penipu yang berjaya juga. Begitu juga dengan urusan-urusan yang lain, setiap orang mahu berjaya dalam apa saja yang ia ceburi.

Keinginan untuk berjaya membuat sesorang itu akan tekun mengejar kejayaan, tumpuannya hanya kepada itu bukan yang lain. Setiap halangan yang datang akan dilepasi tidak kira susah atau mudah, seakan kejayaan itu milik dirinya saja bukan milik orang lain. Seperti orang yang sedang berlumba lari, tumpuan adalah tempat yang pertama. Juara adalah miliknya, tempat kedua dan seterusnya adalah milik orang lain.

Tamakkan kejayaan adalah sifat orang yang ingin berjaya. Jika anda tidak memiliki sifat ini bererti ada sesuatu yang tidak kena dengan anda. Mungkin anda merasa puas dengan apa yang anda miliki sekarang. Jika benar bererti anda bukan orang yang layak untuk menjawab soalan di atas kerana soalan di atas adalah milik orang yang ingin berubah dan inginkan yang lebih baik. Cabar diri anda! Jadilah orang yang berjaya!

Wednesday, May 21, 2008

Kekuatan logika dan logika kekuatan

Dua jumlah perkataan yang hampir sama, tetapi bezanya antara langit dan bumi. Kekuatan logika dan logika kekuatan, yang pertama melambangkan ketangkasan berfikir dan yang kedua ketangkasan otot.

Kekuatan logika adalah penyelesain ahli ilmu. Semua perkara diselesaikan dengan berfikir terlebih dahulu. Berfikir sebelum bertindak bukan bertindak baru fikir. Lidah mereka ada di akal mereka. Fikir dahulu baru berbicara, bukan akal di lidah, bicara dahulu baru berfikir.

Logika kekuatan adalah penyelesai dengan otot. Bahasa mereka adalah kekuatan fizikal. Siapa yang kuat, merekalah yang menang. Hukum yang dianuti adalah hukum rimba, yang berkuasa adalah otot. Yang lemah menjadi hamba dan korban.

Monday, May 19, 2008

no rule

Semalam saya dikunjungi oleh berapa anak muda. Mereka bertanya tentang golongan muda yang mendakwa bahawa mereka tidak memiliki apa pun peraturan atau ‘no rules’. Saya menjawab, apakah ‘no rules’ itu satu rule? Atau ‘no rules’ itu bukan rule? Jika yang pertama jika no rules itu satu rule bererti ia menerima rule. Tetapi jika no rules itu bukan rule bererti dia kena tolak no rules kerana negetif +negetif= positif, ertinya no rulesnya itu tidak boleh dipakai. Mungkin jawapan itu terlalu ilmiah untuk difahami oleh orang-orang yang menyangkakan dia pandai, maka saya pun menjawab dengan bahasa yang mudah.

Orang ini ketika keluar rumah, pakai baju ke atau tidak? Ketika dia masuk toilet umum, dia masuk toilet lelaki atau atau perempuan? Kalau dia memandu, ketika lampu merah dia berhenti atau dia jalan, atau dia memandu dengan arah bertentangan ke atau arah biasa? Apakah dia memakai pakaian perempuan ketika dia keluar rumah? Sudah tentu anda semua tahu jawapan yang akan dia berikan.

Jikalah hal sedemikian perlu mengikuti peraturan bagaimana dengan hidup? Apakah mungkin kita boleh hidup tanpa peraturan? Apakah kehidupan ini satu kehidupan yang sia-sia? Jika ia merupakan satu yang sia-sia, maka tidak perlu ikut apa peraturan pun, termasuk buang air…di mana-mana pun boleh. Sudah tentu akal yang sehat akan mengatakan bahawa kehidupan ini bukan suatu yang sia-sia, semuanya ada tujuan dan adanya syariat untuk mengatur manusia supaya kehidupanya tidak menjadi kehidupan yang sia-sia

Sunday, May 11, 2008

hidup yang mati dan mati yang hidup

HIDUP YANG MATI DAN MATI YANG HIDUP

Ada yang bertanyakan ‘apakah erti hidup? Ada tidak yang hidup tetapi sebenar ia mati dan yang mati tetapi sebenarnya ia hidup?”. Persoalan yang menarik untuk dibahaskan.

Pertama kita terlebih dahulu mesti mendefinasikan erti hidup dan mati. Hidup adalah sesuatu yang memenuhi tuntutan keberadaannya sedangkan mati adalah sebaliknya iaitu sesuatu yang tidak dapat memenuhi tuntutan keberadaannya. Sebagai contoh seorang manusia yang telah menjadi mayat, ia tidak dapat memenuhi tuntutan keberadaannya sebagai manusia, seperti bergerak, makan, minum dan sebagainya, oleh itu ia dipanggil sebagai orang mati.

Jika kita memahami definasi ini, kita akan dapat memahami erti hidup dan mati dengan lebih luas lagi. Contohnya pokok durian yang tidak berbuah atau pokok bunga ros yang tidak mengeluarkan bunga, kita akan mengatakan pokok durian dan bunga ros itu pokok yang mati kerana ia tidak dapat memenuhi tuntutan keberadaanya sebagai pokok durian dan pokok bunga ros.

Jika kita kembali kepada manusia, apakah mayat saja yang kita panggil sebagai orang mati? Tentu tidak, banyak lagi orang-orang yang bergerak dan berjalan tetapi sebenarnya mereka mati. Ini kerana mereka tidak dapat memenuhi tuntutan keberadaan mereka sebagai manusia yang sentiasa memberi manafaat kepada dirinya dan orang-orang yang ada di sekelilingnya. Sebab itu kita panggil penagih dadah sebagai mayat hidup, kerana keberadaan mereka tidak memberi manafaat kepada diri mereka sendiri malah memudaratkan, baik pada diri mereka mahupun kepada yang lain.

HIDUP YANG MATI DAN MATI YANG HIDUP 2

Penagih dadah kita katakana orang yang telah mati, kerana keberadaan mereka tidak memberi manafaat untuk diri mereka mahupun masyarakat malah memudaratkan lagi. Tetapi apakah hanya mereka sahaja yang layak digelar orang hidup yang mati?, sudah tentu tidak, ramai lagi orang-orang yang mati sedang berjalan disekeliling kita, mungkin termasuk diri kita sendiri! Betulker? Mungkin kita mengatakan tidak. Mari kita lihat siapa yang kenaaaaaaaaaa.

Apa itu manusia? Persoalan yang mengudang jawapan yang banyak oleh para ilmuan kembali kepada displin ilmu yang mereka milik. Ahli logika mendefinasikan manusia sebagai haiwan yang berkognatif..berfikirlah tu, ahli sosial mendefinasikan haiwan yang bersosial, yang membahas agama mendefinasikan manusia haiwan yang beragama, yang ahli ibadah pula mendifenasikan manusia sebagai haiwan yang menyembah tuhan dan seribu macam definasi manusia yang telah diberi oleh ilmuan melalui displin ilmu yang berbagai.

Sekarang kita akan mengunakan definasi yang paling mudah sebelum kita mengunakan definasi yang berat tentang manusia iaitu definasi logika, haiwan yang berfikir atau yang berakal, berkognatif. Berfikir yang membezakan manusia dengan haiwan-haiwan yang lain dan mengangkat darjat manusia kepada kedudukan yang tinggi. Maka itu manusia yang hidup adalah mereka yang berfikir. Yang tidak mahu berfikir adalah orang mati, yang tidak mahu pakai akal adalah mayat yang berjalan, yang dok race malam-malam dan tidak sayang nyawa kerana tidak mahu berfikir…mati bukan hidup. Haiwan pun tidak mahu jadi macam mereka. Allah menyebut mereka lebih buruk dan hina dari haiwan. Kita berfikir tidak sebelum bertindak?, berfikir tidak sebelum bercakap? Tepuk dada Tanya selera….

HIDUP YANG MATI DAN MATI YANG HIDUP 3

Orang yang tidak mengunakan akal fikiran, kita anggap mereka sebagai mati. Bagaimana pula orang yang mengunakan akal fikiran mereka untuk kepentingan diri mereka sahaja? Apakah mereka juga termasuk orang yang mati?

Sudah tentu, ini kerana manusia hidup dalam masyarakat dan tidak mampu untuk hidup bersendirian. Hidup dalam bermasyarakat adakalanya kepentingan individu perlu dikorbankan untuk mendahulukan kepentingan ramai. Masyarakat yang hidup adalah masyarakat yang mana setiap anggotanya memainkan peranan untuk mengerakkan masyarakat tersebut. Mereka menghormati hak ramai dan menjaganya. Dengan itu sesuatu masyarakat akan bergerak maju dan mengujudkan bangsa yang padu. Adanya undang-undang dan pelaksananya adalah untuk memastikan suapaya jangan ada mereka yang memikirkan kepentingan sendiri menceroboh hak orang lain dan hak orang ramai.

Masyarakat yang mati adalah apabila masyarakatnya hanya memikirkan kepetingan peribadi. Malah sebenarnya mereka ini tidak layak untuk digelar masyarakat. Tiada ikatan antara orang-orang yang ada di dalamnya untuk mewujudkan apa yang dipanggil masyarakat. Mereka adalah bangsa yang mati dan sebenarnya tidak layak untuk hidup. Dalam Al Quran, Allah S.W.T. mengisahkan beberapa kaum yang terdahulu seperti kaum Add dan Samud yang Allah binasakan akibat angkara yang mereka lakukan. Mereka yang adalah antara contoh masyarakat yang mati dan anggota masyarakat mereka juga adalah orang-orang yang mati.

Jadi di sini kita boleh memahami bahawa setiap individu yang mementingkan diri mereka sendiri dan menggangu hak-hak individu lain dan masyarakatnya keseluruhan adalah orang hidup yang mati. Ini termasuk penjenayah, perompak, ahli rasuah, samseng jalanan, kaki peras ugut, tonto, pencetak rompak (kesian Mawi), yang race motor haram,vendelisme, kaki fitnah, pembohong dan ribuan contoh yang lain. Apakah kita juga termasuk dari golongan ini? Tepuk dada Tanya selera, sendiri jawah…..


HIDUP YANG MATI DAN MATI YANG HIDUP 4

Pada perbahasan lepas kita telah membicarakan contoh orang yang hidup yang mati dan masyarakat yang mati. Jika kita dapat menrincikan lagi definasi hidup dan mati, kita akan dapat menilai diri kita sendiri dan orang-orang yang berada di sekeliling kita. Apakah kita hidup atau mati? Apakah kita berada di sekeliling orang yang hidup atau yang mati? Mungkin kita boleh mengutarakan beberapa soalan yang jawapannya biar kita sendiri yang jawab dan biar kita sendiri yang tahu jawapannya, tidak perlu beritahu orang lain. Biarlah ia memjadi rahsia kita.

Jika kita seorang pelajar, apakah kita seorang pelajar yang hidup atau mati? Jangan salah faham bila kita ingat dengan tidak poteng kelas dan mendapat nilai tinggi dalam peperikasaan bererti kita kita perlajar yang hidup. Makna pelajar lebih agung dan jauh dari makna tidak ponteng kelas dan mendapat nilai yan tinggi. Pelajar merupakan satu kalimat yang suci dan pakaiannya adalah kemuliaan. Manusia secara fitrah adalah pelajar. Dari awal hidupnya sampai ia mati.

Ertinya manusia sentiasa ingin mengetahui sesuatu yang baru kerana kejahilan adalah musuhnya. Mereka yang berpeluang untuk mengenakan nama dan pakaian pelajar perlu mengambil iktibar dari fitrah yang ada ini. Waktu mereka menjadi pelajar, mereka tidak disibukkan dengan urusan-urusan lain sebagaimana orang yang telah bekerja. Maka gunakanlah peluang untuk menimba ilmu dan memahami hal-hal yang baru. Ini bererti ilmu yang perlu mereka pelajari bukan hanya kepada subjek-subjek yang mereka ambil. Baca buku-buku keagamaan dan orang-orang yang telah berjaya serta ambil tahu apa yang berlaku di dunia hari ini. Bukan baca buku-buku cinta atau sibuk ambil tahu tentang apa yang berlaku dalam dunia artis. Ini bukan pelajar yang hidup, ini namanya pelajar yang mati. Sibuk pasal novel cinta, sibuk pasal majalah sensasi dunia artis. Pelajar sedemikian bagaimana boleh membimbing dan memimpin masyarakat. Kalau jadi pemimpin pun akan jadi pemimpin yang mati.

Ketika al marhum Imam Khomeini (pemimpin revolusi Republik Islam Iran) dipuji kerana ketinggi keilmuan beliau baik dalam falsafah, irfan, politik dan keilmuaan yang lain, beliau tidak mengendahkan pujian tersebut, dia hanya mengatakan bahawa “saya adalah seorang pelajar”.

HIDUP YANG MATI DAN MATI YANG HIDUP 5

As salamualaikum, bertemu kembali, pertama saya meminta maaf kerana terlewat menulis siri yang kelima dari perbahasan ini kerana atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kembali kepada perbahasan hidup yang mati dan mati yang hidup. Pada perbahasan yang lepas, kita telah membahas sifat-sifat pelajar yang hidup. Mudah-mudahan kita termasuk orang-orang yang tidak pernah kenyang dengan ilmu dan tidak merasa cukup dengan ilmu yang kita miliki.

Kali ini persoalan yang akan kita bahaskan adalah tentang guru atau pendidik. Satu bidang yang amat mulia. Hari ini, kita semua boleh menulis dan membaca serta memiliki bermacam-macam ilmu kerana jasa mereka-mereka yang telah mendidik kita bermula dari tadika, sekolah rendah, menengah, kolej dan unversiti. Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa mereka ke atas kita. Hari ini kita berhadapan dengan satu fenomena yang pelik iaitu kerjaya guru yang menjadi rebutan sebahagian besar graduan yang tidak berjaya mendapatkan pekerjaan. Sememangnya Negara kita memang kekurangan tenaga pendidik. Cuma persoalannya apakah pendidik itu satu kerjaya atau tanggung jawab atau keduanya sekali.

Ada pendidik yang menganggap bidang pendidikan satu kerjaya dan kerja mereka ibarat orang kerja pejabat dengan diikat dengan punch card dan selepas itu mereka tidak ada urusan dengan murid-murid mereka. Mereka ke sekolah bukan dengan semangat pendidik tapi sekadar tugas yang perlu mereka laksanakan dan cukup bulan mereka hanya menunggu gaji dan tidak perduli untung nasib murid-murid mereka. Mereka ini tidak memiliki roh pendidik, mereka ini guru yang mati. Bila tidak ada roh bererti mati, mengajar pun tidak ada berkat. Mereka ini pengkhianat pada Negara. Mendidik murid bukan saja dengan menyampaikan dengan kalimat saja tetapi perlu dengan jiwa dan hubungan roh antaranya dengan murid. Jangan salahkan murid jika tidak menghormati pendidik yang sedemikian.

Pendidik yang hidup adalah mereka yang mendidik kerana rasa tanggung jawab mereka. Ketika mereka mengajar, roh mereka juga berkomunikasi dengan murid. Mereka bukan saja dapat menberikan ilmu tetapi mereka juga mendidik murid-murid menjadi manusia-manusia yang berharga untuk diserahkan kepada Negara. Mereka adalah pendidik yang hidup. Jasa-jasa mereka akan sentiasa mengikuti mereka baik baik di dunia mahupun di akhirat.

“kewajiban orang yang berilmu adalah menjaga dirinya dengan kewarakan dan mendermakan ilmunya kepada yang menuntutnya”
“untuk setiap sesuatu ada zakatnya dan zakat ilmu adalah dengan mengajar”


HIDUP YANG MATI DAN MATI YANG HIDUP 6

Bertemu lagi, masih dalam perbahasan yang sama iaitu hidup yang mati. Kita telah membahas berapa subjek tentang hal ini. Kita juga boleh mengembangkan perbahasan ini ke atas subjek-subjek yang lain seperti contoh yang di bawah.

1. perkerja yang hidup
2. majikan yang hidup
3. anak yang hidup
4. orang tua yang hidup
5. suami yang hidup
6. isteri yang hidup
7. jiran yang hidup
8. masyarakat yang hidup
9. pemimpin yang hidup
10. rakyat yang hidup
11. Negara yang hidup
12. pemandu yang hidup
Serta puluhan subjek-subjek yang lain dan jika dibahas secara tetiti maka ia akan menjadi sebuah buku 300 ke 400 muka surat.

Ada lagi sejenis manusia yang hidup yang mati dan Allah ‘hidupkan’ mereka dan berjalan dengan nur Allah dikalangan manusia yang hidup tetapi mati. Mereka ini bergerak dengan nur Allah dikalangan mayat-mayat yang kegelapan akibat dosa-dosa yang mereka lakukan. Dalam surah Al An’am, ayat 122, Allah berfirman “orang yang mati kemudian Kami hidupkannya dan Kami kurniakan kepadanya nur dan ia berjalan dikalangan manusia dengan nur itu, apakah sama dengan orang-orang yang berada di dalam kegelapan dan mereka tidak keluar darinya, begitulah bagaimana Allah hiasi orang-oang kafir dari apa yang telah mereka lakukan”

Mereka adalah orang-orang yang telah mematikan keinginan nafsu mereka dan telah mentalak dunia. Bagi merka dunia adalah ladang yang perlu diterokai dan hasilnya akan mereka dapatkan di akhirat. Mereka bergerak dengan keinginan dan keredhan Allah, mereka hidup dengan itu. Apasaja yang mereka lakukan baik ibadah mahupun perbuatan yang lain tujuannya bukan untuk dunia. Mereka bukan orang-orang yang tidak bekeluarga atau tidak bekerja, malah meraka memiliki keluarga yang besar dan tekun dalam pekerjaan tetapi itu semua bukan dapat menyekat mereka untuk mengejar kehidupan yang abadi.

Friday, May 9, 2008

AKAL SEORANG JAHIL

AKAL SEORANG JAHIL
Jahil ada dua jenis, yang pertama yang tahu ia tidak tahu. Kedua yang tidak tahu yang ia tidak tahu. Golongan yang pertama adalah mereka yang akan sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan kerana mereka mengetahui akan kejahilan yang mereka miliki. Ada pepetah arab yang menyebut ‘la adri nisful ilmi’ , mengatakan aku tidak tahu ada separuh dari ilmu. Ini disebabkan mereka akan berusaha untuk bertanya akan hal-hal yang mereka tidak tahu.
Golongan yang kedua adalah mereka yang tidak sedar yang mereka tidak tahu, alias jahil, mereka merasakan mereka tahu, sedangkan tidak. Golongan ini selalunya akan berusaha untuk meyakinan orang lain akan ilmu yang mereka miliki dan jarang ingin menggalah dalam apa juga diskusi. Dalam isitlah bahasa Arab mereka ini dipanggil jahil murakab.. jahil dua kali ganda, kalau bahasa yang saya gunakan duble decker….mereka ini berbahaya bukan saja untuk masyarakat malah untuk budaya keilmuan.
Orang yang berakal pula ada dua jenis, yang mengunakan akal dan yang mengunakan syabeh ul akl (umpama akal). Yang mengunakan akal adalah mereka yang berfikir ke arah perbuatan yang baik, walau natijahnya kadang kalanya boleh mengakibatkan dirinya sendiri kesusahan. Yang mengunakan ‘umpama akal’ melalui penalaran berfikir yang sama seperti golongan yang pertama tetapi, mereka ini lebih kepada untuk kepentingan sendiri dan mudaratkan yang lain seperti putar belit, menipu, mengatur perompakan, jalan untuk menindas orang lain seperti yang dilakukan oleh si syaitan besar amerika syarikat.
Kata-kata yang mahsyur meyebutkan “akal sorang jahil pada lidahnya dan lidah seorang yang berilmu pada akalnya”. Renungi kata-kata itu, kita akan faham maksudnya. Berapa ramai dari kita yang bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu akan akibatnya. Melakukan sesuatu tanpa menghitung akan resikonya. Tepuk dada Tanya selera. Diam seorang alim adalah ibadah kerana diam mereka berfikir. Berfikir sejenak lebih baik dari solat sunnah seorang ahli ibadah, apalagi dari bercakap tidak henti-henti tanpa bosan. Fikir jangan tak fikir.

Ilmu

Ilmu

Makrifat itu adalah cahaya hati. Ia membawa kemenangan dengan kesucian. Ia juga adalah bukti kemuliaan. Hanya orang yang bodoh dan dungu yang meremehkan ilmu dan ahlinya. Mereka adalah orang yang harinya buta dan tidak berguna penglihatannya. Orang yang beribadah tanpa ilmu seperti keldai penggiling gandum yang berputar dan tidak meninggalkan tempatnya.

Ilmu 2
Kesempurnaan seseorang adalah akalnya dan harga dirinya adalah kemuliaannya, ini bererti ilmu dan akal seseorang menampakkan harga dirinya. Ilmu adalah petunjuk yang mendapatkan ilmu bererti mendapatkan petunjuk. Manakala kebodohan adalah menyesatkan dan membinasakan. Hasil dari ilmu adalah keselamatan dan keabadian. Puncak dari ilmu adalah mengenal Allah. Semua yang berilmu selainNya adalah yang belajar.
Ilmu 3

Puncak dari segala kebaikan adalah ilmu, ia adalah kemenangan yang tertinggi. Ia adalah pangkal dari semua kebaikan. Ilmu adalah benih makrifat. Kekayaan orang yang berakal dengan ilmunya. Ilmu tidak pernah berakhir dan tiada teman bicara seperti ilmu. Ia akan mnyelamatkanmu sedangkan kebodohan itu membinasakanmu. Ilmu itu membantu sedangkan hikmah itu memberi petunjuk. Carilah ilmu kerana ia adalah warisan yang mulia.

Ilmu 4

Ketahuilah ketika kita memiliki harta, kita akan disibukkan untuk menjaga harta, jika kita memiliki ilmu, ilmu akan menjaga kita. Darjat kemuliaan sebenar manusia adalah dengan ilmu yang ia miliki bukan dengan harta atau keturunan. Harta jika kita sering keluarkan ia akan berkurangan berbanding ilmu, semakin dikelurkan semakin bertambah. Setiap bejana jika diisi dengan sesuatu, ruangnya semakin sempit. Diri manusia adalah bejana yang perlu diisi, isiannya adalah ilmu, semakin diisi semakin luas ruangnya. Fahamilah kemiskinan sebenar adalah kebodohan dan kejahilan, kekayaan sebenar adalah ilmu.

Ilmu 5

Ketahuilah setiap sesuatu jika dikeluarkan akan berkurangan kecuali ilmu untuk setiap sesuatu ada zakatnya dan zatnya ilmu adalah dengan mengajar. Ia adalah pentujuk yang paling selamat. Ilmu akan membantu pemikiran dan keagungan dan kebodohan adalah kesesatan. Jika kita memiliki ilmu bererti kita berada pada kedudukan yang tinggi. Ilmu adalah keindahan yang tidak terselidung dan keturunan yang tidak terputus. Ilmu adalah hiasan orang kaya dan kekayaan bagi orang miskin.

ILMU 6

Keberuntungan orang-orang yang pandai adalah ketika mereka memperlajari hikmah. Hikmah mengajar bagaimana mengunakan ilmu. Ajarlah apa yang kita tahu kerana ia akan membuat kita ingat apa yang kita tahu dan mengambil faedah dari apa yang kita tidak tahu. Ini kerana mengajar adalah kenikmatan para ulamak dan sunnah mereka. Dalam mengajar, akal akan disucikan. Dan tanda orang yang berilmu adalah ia tidak pernah penat dalam belajar dan mengajar.

Dia......

bila Dia berbicara tentang sejarah adalah iktibar kepada orang yang Ingkar dan tauladan bagi yang taat. bila Dia berbiara tentang makhluk Nya untuk memahamkan mereka bertapa fakirnya mereka dan Maha Kaya DiriNya. bila Dia berbicara tentang balasanNya sebagai amaran kepada yang ingkar dan harapan kepada yang patut, bila Dia berbicara tentang SifatNya, percikan rindu tercetus dalam jiwa-jawa yang merindu dan semakin kuat perasaan cinta kepadaNya.

Tuesday, May 6, 2008

jangan jadi pemenang tapi jadilah juara

kejohanan softball utk masum akan bermula, ini tahun kedua aku jadi jurulatih softball utk upm. aku sekarang ini sibuk melatih permian-main. agak lega sikit dari tahun ni pasal banyak permain yg baik. dan yg lebih baik dari tu, semua permain mengikut arahan. aku punya harapan terhadap pasukan yg dinamakan sebagai stallion upm ini. aku katakan kepada mereka, bahawa aku tak harapkan mereka jadi pemenang tapi yang aku mahukan mereka menjadi juara.

beza ker antara pemenang dengan juara? bagi aku pemenang ialah mereka yang target kemenangan utk sesuatu kejohanan tapi juara bukan saja pemenang tetapi juara adalah pemenang mutlak seumur hidup mereka...selagi nama mereka disebut mereka akan sentiasa dikenali sebagai juara tak kira mereka masih aktif bersukan atau tidak, masih hidup atau sudah mati.

dalam hidup kita mesti menjadi juara tak kira apa juga kita lakukan tapi janganlah jadi juara pemcuri, pembohong atau penyagak, atau juara makan dan tidur atau pemalas, tu juara songsang.

mereka yang tidak ada keingian untuk juara dalam hidup mereka adalah orang yang gagal, siapa yg ingin gagal, semua org tak mau jadi org yg gagal maka ubahlah hidup kita utk menjadi seorang juara

Monday, May 5, 2008

kekeliruan identiti

Pipit dan helang
Golongan muda dan kekeliruan Identiti

Sejak kecilnya ia dibesarkan di dalam sangkar. Makan dan minumnya dijaga, dimandikan setiap hari dan dibelai dengan manja. Pipit cukup segalanya. Pemilikinya amat mencintainya. Dengan segala kelebihan yang ia miliki, pipit tetap tidak gembira. Dalam sangkar indah, setiap hari berganti, kesedihan pipit semakin bertambah. Sang pemilik bertambah hairan, apa yang yang menyebabkan pipit kesayangannya nampak sedihan dan makanan yang disediakan pun tidak dijamahnya. Setaip hari pipit hanya melihat apa yang ada diluar sangkar. Rupa-rupanya sipipit merindukan kebebasan. Hal ini disedari oleh sang pemilik dan dengan berat hati ia terpaksa melepaskan si pipit pergi untuk mengecapi kebebasan yang ia inginkan.

Kini si pipit terbang bebas dengan penuh kegembiraan. Ia terbang ke kanan, ke kiri, ke atas dan ke bawah. Setelah penat terbang dan bermain-main, si pipit mula kelaparan, ia perlu makan tapi bagaimana ia boleh menacari makanan sedangkan seumur hidupnya, makan dan minumnya dijaga oleh tuannya. Si pipit mula kebingungan, ia mula merasa sedih, tiba-tiba ia melihat sekawan pipit sedang terbang berhampiran dengannya. Melihat mereka, si pipit pun mendekati mereka dan mengekori mereka. Rupa-rupanya sekawan pipit tersebut sedang mencari makanan. Ketika si pipit mendekati mereka, sekawan pipit mengalu-alukan kedatangan si pipit dan mereka membantunya untuk mendapatkan makanan. Pertama kali si pipit mencari makanannya sendiri itu pun berkat bantuan sekawan pipit tersebut. Setelah kenyang, si pipit dan sekawan pipit pun terbang bermain-main di ruang angkasa yang luas. Seronoknya si pipit bermian-main dan menghirup udara segar kebebasan.

Ketika sedang sibuk terbang bermain tiba-tiba sekawan pipit bertempiaran lari terbang seakan-akan melarikan diri dari sesuatu dan meninggalkan si pipit bersendirian. Si pipit bingung, tidak tahu apa yang terjadi. Rupa-rupa pada waktu si pipit dan sekawan pipit sedang sibuk bermain, seekor helang terbang dekat dengan mereka dan itu yang menyebabkan sekawan pipit lari beterbangan. Melihat sang helang, si pipit terpegun dan dalam dirinya merasa kagum kepada sang helang. Cara dan gerak memang menunjukan akan kegagahan sang helang. Si pipit mula merasakan bahawa dirinya perlu menjadi seperti sang helang supaya ia nampak hebat dan gagah. Si pipit pun mula meniru gaya sang helang, ia terbang sebagaimana sang helang terbang.

Si pipit mula merasakan dirinya sehebat helang kerana gayanya adalah gaya helang. Apabila ia merasakan dirinya seperti helang, ia pun terbang untuk mendekati sang helang.
Melihat si pipit mendekatinya, sang helang pun tidak tunggu lama, ia pun menyambar si pipit untuk menjadi santapannya hari itu. Maka si pipit yang belum satu hari menikmati kebebasan kini telah menjadi habuan lazat sang helang, maka tamatlah riwayat si pipit.

Si pipit tidak kenal musuh menyebabkan ia dimakan oleh musuhnya. Dan si pipit juga menyangkakan dengan meniru cara helang akn menjadikan ia helang. Pipit akan tetap pipit walau ia meniru cara cara helang. Apa yang dialami oleh pipi adalah kekeliruan identiti. Cerita si pipit adalah kisah contoh kepada permasalah yang sebenarnya berlaku dalam masyarakat hari ini terutama golongan muda.
Golongan muda hari ini adalah golongan yang baru bebas dari sangkar. Setelah tamat pendidikan sekolah rendah dan menegah, sebahagian dari mereka dapat melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan sebahagian lain mula bekerja. Tamat alam persekolahan juga menandakan tamatnya penggusaan secara mutlak ibu bapa atau warden bagi yang berasrama penuh. Kini mereka berhadapan dengan kebebasan yang tidak pernah mereka miliki sebelum ini. Tetapi kebebasan ini kadangkalanya tidak mampu dikawal oleh golongan muda ini dan kebanyakkan mereka terperangkap dengan krisis indentiti.

Mereka terdedah dengan banyak hal yang selama ini tidak mereka hadapi. Pasti saja mereka pernah mendengar tentang kebebasan yang tidak terbatas tetapi kehidupan di rumah dan asrama sekolah sentiasa dikawal oleh ibubapa dan warden. Dan itu banyak menghalang mereka untuk terjun dalam dunia tanpa batas tersebut. Kini yang menghalang tidak ada di depan mata, keinginan yang membuak-buak yang dahulunya terpendam kini dapat diluahkan. Mereka merasakan bahawa cara hidup barat itu begitu ideal untuk diri mereka dan sebagai tanda yang mereka tidak ketinggalan zaman.

Mereka mula meniru hidup cara barat dengan beratas namakan kebebasan dan kemajuaan. Tingakah laku mereka adalah tingkah laku barat dan mereka juga merasakan tidak ada bezanya mereka dengan remaja barat dan cara kehidupan barat. Mereka mula menukar nama-nama manja mereka kepada nama barat. Dengan melakukan hal ini mereka telah merasakan diri mereka seperti orang barat.

Tetapi mereka lupa bahawa barat menjadi barat hari ini setelah mereka menolak agama dan menjadikan agama sebagai kerja hujung minggu sahaja dan bukan dalam kehidupan harian mereka. Dan ini sama sekali tidak ada kaitan dengan kemajuan. Untuk maju tidak perlu membuang agama, tetapi untuk hidup cara barat, syarat utamannya adalah menjauhkan diri dari agama. Hal ini bukan baru dalam masyarakat barat, mereka telah menolak agama sejak 300 ratus tahun sejak revolusi perusahaan berlaku di Eropah. Sejak itu tidak ada lagi hubungan gereja dengan sains dan politik.

Untuk golongan muda di tanah air yang tercinta, jika benar-benar mahu menjadikan kehidupa barat sebagai kehidupan yang ideal, hal yang pertama perlu dilakukan ialah dengan membuang agama dan menjadikannya sebagai kegiatan hujung minggu sahaja. Dan yang lebih malang ialah penyebaran budaya hidup barat adalah satu bentuk penjajahan baru ke atas Negara kita. Dengan menyangkakan kita telah menjadi barat, sedangkan realiti kita sebaliknya, kita mula mendekati barat dna akhirnya kita menjadi mangsa barat sebagimana pipit ketika menyangkakan dia telah menjadi helang akhirnya ia menjadi mangsa helang.

Friday, May 2, 2008

KERJA KERJA KERJA

kerja kerja kerja
boleh tak kalau tak kerja?
rasanya tak boleh....
kerana boleh dikatakan semuanya ari ni kerja
bukan setakat gi kerja sebagaimana kita tau...
tapi semua kehidupan kita kerja
tak caya fikir akan...
pun kerja gak...
seluruh badan kita kerja utk masukan makanan dalam mulut dan hadamkan makanan
tido pun keje gak...part of our life..separuh badan kita relax dan separuh lagi kerja..sebab tu, budak membesar bila sedang tidur
belajar ... pun keje gak..bayang kan kalau takde yg gi sekolah atau koleh atau universiti.... payahkan.....untuk suami isteri....satu kena kerja sorang lagi kerja keras hehhehemmg tak leh hidup tanpa kerja....

BILA AKU TAK TAU

BILA AKU TAK TAU
bila aku tau nak buat apa...
aku termenung
bila aku tak tau nak mkn apa..
aku termenung
bila aku tak tau nak tulis apa ..
aku termenung
bila aku tak tau nak cakap apa ..
aku termenung
bila aku tak tau nak cerita apa ..
aku termenung
bila aku tak tau nak tgk cerita apa...
aku termenung
bila aku tak tau nak jumpa sape..a
ku termenung
bestnya...lebih baik aku termenung dr aku buat benda tu semua dlm keadaan aku tak tau
nati jadi haru..baru aku tau..padan muka aku...

BESTNYA BILA TAK TAU

BESTNYA BILA TAK TAU
banyak kebaikkannya kalau kita tak tau
kita sedar diri...bahaya kalau kalau kita ingat kita tau sedangkan kita tak tau
kalau kita tau yg kita tak tau
kita leh usaha untuk tau
kita kan lebih gigih utk tau
yg paling best
bila org tanya..kita jawab tak tau hhehee
tak yah nak cite panjang2
org pun takan tanya kita
pasal kita tak tau hehheheheh

KENAPALAH KAU JADI PEMANDU

KENAPALAH KAU JADI PEMANDU
kat kl ni..byk org luar..
termasuk aku yg hijrah dr jb
ada yg dtg dr kg ,ada yg dtg dr bandar lain
kat kl ni byk kete tak macam tmpt lain
untungnya jln kl byk jln 3 lane..tu yg best
lane paling kiri utk panduan pelahan
lane tgh utk laju
lane kanan utk lebih lebih laju dan memotong
kalau semua ikut cam tu..alangkan bestnya jln kat kl niakan
tetapi.............................byk pulak pemandu yg sengal
bawa kete macam kura2
lori sampah pun leh potong
dah lak tu....bawa kan lane tgh
sakitnya ati.....yg lebih pelik sekali..bila time jem, nak cepat ikut lane kiri
tak ker sakit ati....ada lak, dah slow kat tgh..org hon ker, org potong ikut kiri dia ker
dia buat tak tau jer....kenapalah org macam kau boleh dilahirkan dan boleh pegang string

JANGAN JADI BOSS BEGINI

JANGAN JADI BOSS BEGINI
1.sentiasa lihat pekerja seperti pencuri
2.yakinkan mereka, hidup dan mati mereka pada tgn boss
3.tidak akan percaya pada mereka
4.perah tenaga mereka secara maksimum
5.beri upah yg minimum
nasib baik aku tak cam tu.....siapa yg ada boss cam tu lebih baik fikir cari keje lain

Thursday, May 1, 2008

sesekali monyok best

SESEKALI MONYOK BEST
setiap hari gi opis smartrambut pakai jell lagi. baju rapi bergosok, org langgar pun leh luka. senyum pun tak lepas kat bibir.....senyum sokmo. jln tersusun rapi.....kasut berkilat.
tapi hari ni aku lain. monyok jerhheheh rambut pun serabut. baju aku main ambil jer tak yah gosok2. dah lah monyok..serabut lagihehhee. yg best takde org nak tegur, bilek pun org tak berani nak ketuk. bestnya ari ni takde org gangu. tapi takleh lah monyok tiap ari...nati staff minta berhenti, aku yg payah nati, sesekali oklah..mmg best