Monday, May 19, 2008

no rule

Semalam saya dikunjungi oleh berapa anak muda. Mereka bertanya tentang golongan muda yang mendakwa bahawa mereka tidak memiliki apa pun peraturan atau ‘no rules’. Saya menjawab, apakah ‘no rules’ itu satu rule? Atau ‘no rules’ itu bukan rule? Jika yang pertama jika no rules itu satu rule bererti ia menerima rule. Tetapi jika no rules itu bukan rule bererti dia kena tolak no rules kerana negetif +negetif= positif, ertinya no rulesnya itu tidak boleh dipakai. Mungkin jawapan itu terlalu ilmiah untuk difahami oleh orang-orang yang menyangkakan dia pandai, maka saya pun menjawab dengan bahasa yang mudah.

Orang ini ketika keluar rumah, pakai baju ke atau tidak? Ketika dia masuk toilet umum, dia masuk toilet lelaki atau atau perempuan? Kalau dia memandu, ketika lampu merah dia berhenti atau dia jalan, atau dia memandu dengan arah bertentangan ke atau arah biasa? Apakah dia memakai pakaian perempuan ketika dia keluar rumah? Sudah tentu anda semua tahu jawapan yang akan dia berikan.

Jikalah hal sedemikian perlu mengikuti peraturan bagaimana dengan hidup? Apakah mungkin kita boleh hidup tanpa peraturan? Apakah kehidupan ini satu kehidupan yang sia-sia? Jika ia merupakan satu yang sia-sia, maka tidak perlu ikut apa peraturan pun, termasuk buang air…di mana-mana pun boleh. Sudah tentu akal yang sehat akan mengatakan bahawa kehidupan ini bukan suatu yang sia-sia, semuanya ada tujuan dan adanya syariat untuk mengatur manusia supaya kehidupanya tidak menjadi kehidupan yang sia-sia

No comments: