Friday, May 9, 2008

AKAL SEORANG JAHIL

AKAL SEORANG JAHIL
Jahil ada dua jenis, yang pertama yang tahu ia tidak tahu. Kedua yang tidak tahu yang ia tidak tahu. Golongan yang pertama adalah mereka yang akan sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan kerana mereka mengetahui akan kejahilan yang mereka miliki. Ada pepetah arab yang menyebut ‘la adri nisful ilmi’ , mengatakan aku tidak tahu ada separuh dari ilmu. Ini disebabkan mereka akan berusaha untuk bertanya akan hal-hal yang mereka tidak tahu.
Golongan yang kedua adalah mereka yang tidak sedar yang mereka tidak tahu, alias jahil, mereka merasakan mereka tahu, sedangkan tidak. Golongan ini selalunya akan berusaha untuk meyakinan orang lain akan ilmu yang mereka miliki dan jarang ingin menggalah dalam apa juga diskusi. Dalam isitlah bahasa Arab mereka ini dipanggil jahil murakab.. jahil dua kali ganda, kalau bahasa yang saya gunakan duble decker….mereka ini berbahaya bukan saja untuk masyarakat malah untuk budaya keilmuan.
Orang yang berakal pula ada dua jenis, yang mengunakan akal dan yang mengunakan syabeh ul akl (umpama akal). Yang mengunakan akal adalah mereka yang berfikir ke arah perbuatan yang baik, walau natijahnya kadang kalanya boleh mengakibatkan dirinya sendiri kesusahan. Yang mengunakan ‘umpama akal’ melalui penalaran berfikir yang sama seperti golongan yang pertama tetapi, mereka ini lebih kepada untuk kepentingan sendiri dan mudaratkan yang lain seperti putar belit, menipu, mengatur perompakan, jalan untuk menindas orang lain seperti yang dilakukan oleh si syaitan besar amerika syarikat.
Kata-kata yang mahsyur meyebutkan “akal sorang jahil pada lidahnya dan lidah seorang yang berilmu pada akalnya”. Renungi kata-kata itu, kita akan faham maksudnya. Berapa ramai dari kita yang bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu akan akibatnya. Melakukan sesuatu tanpa menghitung akan resikonya. Tepuk dada Tanya selera. Diam seorang alim adalah ibadah kerana diam mereka berfikir. Berfikir sejenak lebih baik dari solat sunnah seorang ahli ibadah, apalagi dari bercakap tidak henti-henti tanpa bosan. Fikir jangan tak fikir.

No comments: