Thursday, May 22, 2008

Perlukah kita berjaya?

Perlukah kita berjaya? Soalan yang anda sendiri tahu jawapannya. Siapa yang mahu gagal, semua orang mahu berjaya. Tidak kira apa juga yang ia lakukan, ia mahu berjaya, walau pun dia sorang penyamun, dia mahu jadi penyamun yang berjaya, jika dia seorang penipu, dia mahu menjadi seorang penipu yang berjaya juga. Begitu juga dengan urusan-urusan yang lain, setiap orang mahu berjaya dalam apa saja yang ia ceburi.

Keinginan untuk berjaya membuat sesorang itu akan tekun mengejar kejayaan, tumpuannya hanya kepada itu bukan yang lain. Setiap halangan yang datang akan dilepasi tidak kira susah atau mudah, seakan kejayaan itu milik dirinya saja bukan milik orang lain. Seperti orang yang sedang berlumba lari, tumpuan adalah tempat yang pertama. Juara adalah miliknya, tempat kedua dan seterusnya adalah milik orang lain.

Tamakkan kejayaan adalah sifat orang yang ingin berjaya. Jika anda tidak memiliki sifat ini bererti ada sesuatu yang tidak kena dengan anda. Mungkin anda merasa puas dengan apa yang anda miliki sekarang. Jika benar bererti anda bukan orang yang layak untuk menjawab soalan di atas kerana soalan di atas adalah milik orang yang ingin berubah dan inginkan yang lebih baik. Cabar diri anda! Jadilah orang yang berjaya!

1 comment:

mat12 said...
This comment has been removed by a blog administrator.