Saturday, October 3, 2009

lebuh raya pada musim raya

Lebuh raya pada musim raya
PLUS bukan lagi asing untuk pak beb, khusus jalan yang menuju ke Johor Bahru. Sebagai pengguna yang rutin, boleh dikatakan pak beb hafal betul dengan geografi PLUS ini. Selalunya pak beb lebih suka drive malam kerana cuaca yang sejuk dan ketenangan malam dan kurang kereta yang mengunakan PLUS pada waktu malam kecuali lori-lori pengakutan yang sedang berkhidmat.
Tetapi untuk menyambut hari raya, banyak kereta mengunakan lebih raya pada waktu malam, mungkin kerana ada potongan dari pihak PLUS. Tahun ini pak beb berhari raya di Johor Bahru dan seperti biasa pak beb akan bertolak lepas tengah malam. Sepajang perjalanan ke Johor Bahru, ada dua tahap lebuh raya, 3 lorong, iaitu dari kuala lumpur hingga ke air keruh dan dua lorong, dari air keroh ke johor bahru.
Seperti biasa pak beb bertolak selepas tengah malam, 18hb sep. kereta banyak tetapi lebuh raya lancer walau digangu dengan bebarapa pemandu bodoh. Pemandu bodoh ini bukan pemandu yang memandu laju tetapi pemandu yang memandu terlalu perlahan di lebuh raya. Mungkin mereka memegang pepatah kata “biar lambat asal selamat”. Pepatah itu ada benarnya tetapai bukan di lebuh raya. Kita tahu bahawa lebuh raya kita had lajunya 110km sejam, lebih dari itu akan disaman tetapi bagaiamana kalau yang memandu terlalu pelah? Seperti 80km sejam? Apakah mereka ini tidak menyusahkan yang lain juga, lebih-lebih lagi jika mereka memandu di lorong tengah. Mereka ini betul-betul menggangu penguna PLUS yang lain. Bila ada yang hon menegur mereka, mereka marah, seakan mereka tidak sedar mereka telah melakukan kesalahan dan menggangu kelancaran lalu lintas.
Sepanjang jalan balik jb, pak beb banyak bertemu dengan pemandu sedemikian, betul-betul merosak mood pak beb ketika memandu. Waktu pulang ke kl pun sedemikian. Waktu pak beb sudah masuk ke mrr2, lorong sebelah kanan kelihatan sesak, rupa-rupanya ada kereta yang memandu pelahan di lorong sebelah kanan. Semua kereta terpaksa memotongnya dari sebelah kiri, yang pelik nya, dia seakan tidak merasa bersalah bila ada yang menghonnya ketika memotong.
Inilah antara sikap pemandu kita. Mereka tidak mahu berubah atau tidak siap untuk menerima jalan tiga lorong. Pihak berkuasa perlu menyaman mereka yang memandu terlalu perlahan sebagaimana sama dikeluarkan untuk yang memandu terlalu laju.
Setiap tahun ratusan orang terbunuh di jalanraya pada musim perayaan. Memang tidak syak lagi ini kerana sikap pemandu kita yang tidak bijak mengunakan jalanraya. Sampai bila hal ini akan berterusan? Apakah jalan raya pada hari raya adalah musim kematian untuk kita?

kenangan dan harapan pada eidil fitri

Kenangan dan Harapan di Eidil Fitri
Sudah berapa tahun aku tidak dapat beraya pada hari pertama Eidul Fitr di Johor Bahru, jauh sebelum aku berpindah secara resmi ke Kuala Lumpur. Kali ini aku bersyukur kepada Allah kerana pada pagi Hari Raya aku di berikan kesempatan untuk mencium tangan kedua ibu bapaku. Setelah menunaikan solat Eidul Fitr, aku dan adikku Syed Faisol membawa anak-anak kami ke tanah perkuburan Mahmudiah. Dulu sunnah ini aku dan adik beradikku, kami lakukan bersama ayah kami yang kini telah uzur. Aku masih ingat lagi, setaip pagi raya, kami akan ke kubur arwah datuk dan moyang sebelah a bah dan ummi. Abah memang rajin membawa kami ke kubur. Selalunya pada hari jumaat atau pada hari raya dan kami selalu membersihkan kawasan kubur habib Nong dan habib Hassan, atuk dan moyangku. Kini giliranku untuk membawa anak-anakku ke kubur. Mengenalkan mereka kubur datuk-datuk mereka. Aku melihat mereka dengan penuh harapan, satu hari nanti mereka juga akan menziarahi kuburan ini bersama dengan anak-anak mereka yang mana ketika itu aku juga akan menjadi penghuni kuburan tersebut. Mungkin padangan dan harapan ini juga pernah dilalui oleh abah ketika setaip kali kami menziarahi kuburan Mahmudiah.
Setelah itu kami kembalik ke rumah untuk berehat. Selang berapa jam bapa saudaraku Syed Ali Al Attas bersama isteri dan anak-anaknya datang ke rumah untuk beraya. Ami Ali, 77 tahun, panggilan mesra aku kepadanya adalah presiden persatuan perniaga melayu Malaysia. Ia pangkat adik abah, boleh dikatakan dia adalah orang yang paling Berjaya dalam keluarga Al Attas Johor di dalam bidang perniagaan. Banyak perkara yang kami bincangkan termasuk izin untuk membawa abah dan ummi pindah ke kuala lumpur, kerana mudah untuk kami mengurus abah.
Selepas solat zohor, aku dan adik-adikku, Faisol dan Jay membawa abah untuk menziarahi kakak dan abangnya. Dulu waktu kami kecil, abah tidak pernah lepas untuk membawa kami menziarahi orang-orang tua dari keluarga kami, kini gilran kami untuk membawa abah. Sejak dia sakit, memang jarang sekali abah keluar dari rumah kecuali ke rumah sakit atau ke rumah anak-anaknya di kuala lumpur. Pertama kami ke rumah Nde jennah, nama betulnya Sharidah Zainnah Al Attas, kakak abah yang paling sulung, umurnya 97 tahun, masih kuat berjalan, Cuma matnaya kurang awas. Ketika dia menyambut abah, dia cium dan memeluk abah erat, seakan amat merindui abah. Kelihatan air mata abah dan nde jennah membasahi pipi mereka. Aku juga terharu, tanpa aku sedari, airmataku juga mengalir. Apakah aku juga akan sampai pada umur mereka? Apakah ketika aku uzur nati, anak-anakku akan membawa aku pergi berjumpa dengan adik beradikku? Atau anak-anak mereka akan membawa mereka menziarahi ku? Setelah itu kami pergi ke rumah ami Alwee, nama sebenarnya Syed Alwee Al Attas, 95 tahun, dia abang abah dan adik kepada nde jennah. Ami alwee petah bercakap, masih kuat berjalan ke mesjid. Seingat aku, sejak kecil lagi aku tidak pernah melihat ami alwee memakai seluar, kain yang digunakannya berwarna putih, katanya kain untuk kafannya nanti.
Semua adik beradik abah umur panjang, abah sendiri 86 tahun, adiknya yang bungsu, nde chum, nama sebenar Sharifah Kalthum 75 tahun, tinggal di kuala lumpur, kami jumpa pada perjumpaan keluarga pada hari raya ke dua di rumah ami Ali. Cuma nde jahra, nama sebenarnya Sharifah Zahra telah meninggal dunia kerana kemalangan, ketika itu umur ku 14 tahun.
Sememangnya waktu itu bergerak bagai awan, pelahan tetapi tanpa kita sedari, ia telah meninggalkan kita. Banyak dari keluarga abah dan ummi telah tiada. Banyak Sepupu-sepupu abah yang biasa aku ziarahi ketika hari raya juga telah menjadi marhum. Jenerasi kini tidak semesra dulu, antara keluarga kini menjadi orang asing. Dulu, rumah bapa-bapa dan ibu-ibu saudara ku di kg Wadi Hassan sentiasa terbuka untuk anak-anak buah. Kg Wadi Hassan yang terletak di dalam bandarraya Johor Bahru kini kosong dan malap, tiada lagi kemeriahan, tiada lagi kedengaran suara-suara riang, suara-suara kecoh pada malam Eidil Fitri, kg Wadi Hassan ini telah menjadi kampong mati.
Kini aku telah kembali ke kuala lumpur. Entah sempat lagi aku menziarahi bapa dan ibu suadara ku pada Eid yang akan datang? Siapa yang tahu kecuali Allah, mungkin aku yang dijemput dahulu olehNya. Aku rindu masa-masa yang lampau, keadaan yang riang dan bersahaja. Waktu aku dapat mencium tangan setiap sorang dari ahli keluarga yang lebih tua dan mereka menerimaku dengan penuh keikhlasan dan konfelik keluarga. Kini semua hanyalah kenangan dan harapan yang pasti tidak akan muncul kembali. Aku mencintai setaip sorang dari ahli keluargaku walau apa juga perasaan mereka terhadapku.
Semoga Allah mengampuni dan merahamati mereka-mereka yang telah meninggalakan alam fana ini. Al Fatiha aku hadiahkan kepada mereka khususnya kepada marhun Habib Hassan bin Ahmad Al Attas serta putera dan puterinya, tok nong, tok salem, tok yed, tok lah (Tuan Muda) ababa jennah dan lain-lain, menantu-menantunya, habib Alwee bin Abdullah dan lain-lain, cucu-cucunya, Syed Ahmad Idrus, ami hadad, ami hamid, ami Hassan bin Salim, ami Alwee dan lain-lain, cicit-cicitnya, sh dora, sh radiah, sy nong, abg pee, sy haidar, abg mamar, sy jamal dan lain-lain.
Dan Fatihah juga untuk keluarga sebelah ibu ku, dari moyang hinggalah kepada sepupu-sepupu yang telah meninggalkan dunia ini.
Dan tidak lupa juga kepada guru-guru yang telah mendidikku baik secara formal atau tidak, khususnya Habib Hussin Al Habshe, Habib Moshein Al Attas dan Habib Abdullah Al Habshe.
Semoga mereka dibangkitkan bersama dengan Rasulullah dan Ahlul Baitnya, Amin Ya Rabalalamin.

Sunday, April 19, 2009

santapan motivasi 17-20

17. Manusia tersembunyi di bawah lidahnya.
Nilai seorang manusia adalah dengan apa yang ia bicarakannya. Apakah ia seorang yang berilmu atau seorang jahil, seorang kaki belit dan putar alam atau seorang jujur. Banyak Manusia yang cuba menyembunyikan rahsia dirinya tetapi pada satu ketika lidahnya pasti akan membuka rahsia dirinya.

Semakin banyak seseorang itu bercakap, maka semakin jelas siapa dirinya. Orang yang kuat menipu, lidahnya juga akan membongkar bahawa dia seorang penipu, ketika dia berbicara sesuatu yang berbeza dengan sebelumnya kerana penipu sering lupa apa yang ia bicarakan. Maka hati-hati ketika kita berbicara dan ubahlah diri kita menjadi orang yang lebih baik. Jika tidak lidah kita akan menceritakan pada orang lain siapa diri kita!!! Apakah kita mahu ini terjadi....fikir kalau perlu jangan jawab pakai lidah !!!!!!!!!!!!!!!!!

18. Bertanya adalah kunci ilmu
Kita sering mendengar orang berkata, malu bertanya sesat jalan. Jika kita ingin pergi ke satu distinasi yang kita tidak ketahui, kita perlu bertanya supaya kita selamat sampai ke tempat tersebut. Hari ini banyak orang yang sesat, bukan sesat di jalan tapi sesat dalam kehidupan mereka. Ini disebabkan mereka tidak mahu bertanya, jalan yang mana yang paling selamat dalam kehidupan dan akhirnya mereka jahil dan sesat sampai mati.

Bertanya menghilangkan kebodohan dari kita kita, kerana setiap ilmu ada kuncinya dan kuncinya adalah pertanyaan. Semakin banyak bertanya maka semakin banyak pintu ilmu terbuka. Ilmu adalah cahaya kehidupan, kita hidup perlukan kepada ilmu, jika malu untuk bertanya atau malas untuk bertanya, lebih baik jangan hidup.

kita ingin terus dalam kejahilan? Atau kita mahu jadi orang yang berilmu? Jawapannya adalah pada pertanyaan yang akan anda fikirkan!!!!!!!!

19. Hati manusia cepat merasa gusar, sunyi dan melemah, carilah ucapan-ucapan hikmah untuknya.
Bila kita merenung hati dan jiwa kita, kita akan dapati bahawa hati kita sering mengalami perasaan-perasaan yang membuat kita sedih, gusar, kosong dan melemah, ketika itu kita seakan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Pada waktu itu juga perasaan putus asa juga akan mengusai diri kita, semuanya menjadi tidak kena. Sudah tentu kita ingin mencari ubat untuk mengubat penyakit ini dan ubat yang terbaik adalah kata-kata hikmah yang menembusi hati dan menyembuhkannya dari segala penyakit-penyakit jiwa dan memberi kekuatan kepada diri kita.

Kata-kata hikmah ibarat hujan yang membersihkan bumi dari udara yang kotor dan membasahi bumi dan akan tumbuh dari bumi tumbuhan yang menghijaukan bumi. Hati umpama tanah gersang yang sentiasa perlu dibasahi. Hati yang gusar dan lemah tidak akan membawa faedah kepada manusia. Maka indahkanlah hati dengan kata-kata hikmah.
Apakah anda ingin terus dengan hati yang gersang, pilihan adalah milik anda, fikirlah sebaiknya!

20. Orang yang sederhana tidak akan menjadi miskin.
Antara penyakit yang ada dalam masyarakat kita hari ini adalah keinginan hidup kaya dan senang. Maka siang dan malam kita bekerja bagai hamba kerana keinginan kita sendiri. Banyak yang tidak sedar bahawa yang lebih penting dari menjadi kaya adalah tidak menjadi fakir miskin! Siapa yang mahu jadi miskin, sudah tentu tidak ada yang mahu, tapi tidak menjadi miskin bukan bererti mesti menjadi kaya. Banyak orang yang berusaha menjadi kaya tetapi terikat dengan kekayaannya. Keseluruhan hidupnya habis kerana kekayaannya malah tidak ada ruang untuk berehat, akhirnya hartanya di mana, dirinya di mana dan keluarganya di mana....

Orang yang hidupnya sederhana itu lebih baik dari orang kaya yang menjadi hamba dunia. Orang yang sederhana, tidak boros dan tidak kedekut pasti tidak akan menjadi miskin. Mereka sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka dapatkan dari rezeki halal. Sekarang ini tinggalkan kita untuk memilih, kita mahu menjadi orang yang mana? Fikir dahulu sebelum

Thursday, April 16, 2009

santapan motivasi 11-16

11. Keindahan seorang lelaki terletak pada sifat ‘hilm’nya (menahan diri dari marah).
Lelaki selalunya menanggap diri mereka hebat, perkasa dan gagah. Dalam peperangan atau pergaduhan lelakilah yang kehadapan membela apa yang mereka perjuangankan. Lelaki selalu tidak mahu kalah dalam semua hal dan pantang dicabar kerana ego yang ada pada mereka. Satu perkara yang negetif ada pada lelaki adalah cepat marah. Kebanyakan lelaki gagal mengusai diri mereka ketika marah, banyak yang menjadi mangsa, harta benda, wanita, kanak-kanak mahupun haiwan.

Lelaki yang hebat sebenarnya bukan pada kekuatan menundukkan yang lain tetapi pada sifat hilmnya, iaitu mengusai marahnya. Dalam keadaan ia mampu marah, ia Berjaya mengusai marahnya. Dalam keadaan ia mampu mengalahkan musuhnya, ia memaafkan mereka. Berapa banyak lelaki yang kita pernah jumpa yang memiliki sifat ini, terutama pada hari ini?
Mudah-mudahan sepsis lelaki seperti ini belum pupus sebagaimana kebanyakan haiwan.

Untuk lelaki yang membaca tulisan ini, indahkanlah diri anda dengan sifat hilm jika anda benar-benar lelaki.

12. Sifat marah adalah antara senjata ampuh iblis.
Marah adalah antara sifat yang ada pada manusia. Ia penting tetapi perlu di kontrol kerana marah menyebabkan manusia hilang pertimbangan atau dengan kata kasarnya gila. Orang yang sedang marah selalunya lupa siapa dirinya, dia akan mengamuk seperti kena rasuk syaitan. Ia tidak kira apa yang ada di sekelilingnya. Iblis paling suka manusia yang seperti ini, ia akan dimasukkan dalam barisan tentara iblis untuk membuat huru hara dan kerosakan.

Kita mungkin sahaja bertemu dengan manusia yang seperti ini dalam kehidupan kita setiap hari dan mungkin kita juga termasuk dari golongan ini. Oleh itu kita mestilah berusaha untuk mengusai kemarahan kita supaya kita tidak dikusai oleh iblis. Atau kita memang suka menjadi tentera iblis? Tolong jangan jawab jika anda sendang marah!!!!!!!!


13. Orang yang tidak mengetahui nilai dirinya pasti akan hancur.
Manusia ada dua unsur, satu jismani atau zahir, kedua rohani atau batin. Sebahagian ilmuan mengelarnya unsur haiwan dan malaikat. Manusia memiliki kedua unsur ini, tetapi kebanyakan manusia tidak sedar unsur yang kedua ini. Mereka mengira bahawa nilai manusia hanya sekadar unsur zahirnya sahaja tanpa melihat kepada unsur yang lebih penting iaitu unsur batin atau rohani atau malaikat manusia. Manusia yang rohaninya terkalahkan dengan kehendak zahirnya, maka ia lebih buruk dari haiwan. Manusia yang rohaninya dapat mengusai zahirnya ia akan lebih baik dari malaikat.

Kita dapat melihat banyak manusia gagal kerana tidak tahu akan nilai dirinya. Mereka gagal memahami bahawa keberadaan di dunia ini bukan untuk terus kekal di sini. Mereka melihat kematian adalah penghujung jalan bagi kehidupan dan tidak ada kehidupan setelah itu. Mereka sedaya upaya mahu tinggal lebih lama di dunia dan menikmatinya, sama seperti haiwan yang cuba mengelak dari maut.

Apakah kita seperti ini? Koreksi diri kita terlebih dahulu dan dengan unsur apa kita menjawab, apakah dengan unsur haiwan atau unsur malaikat?

14. Orang yang sabar pasti akan Berjaya walaupun mengambil waktu yang lama.
Sabar adalah kunci kejayaan. Sabar disini memiliki banyak makna, sabar dalam kesusahan, sabar melakukan ketaatan dan sabar dari melakukan maksiat. Hamper semua kehidupan kita, kita perlu berhadapan dengan kesabar. Jika ibu tidak sabar untuk menggandung selama Sembilan bulan, maka tidak aka nada manusia hari ini. Sabar membasarkan anak, sabar member mereka ilmu, sabar di alam persekolahan, sabar ketika kerja, sabar ketika taat kepada undang-undang keilmuan, kerja, Negara dan kemanusian. Sabar kumpul duit untuk berkahwin dan sabar untuk tidak melakukan perbuatan yang tidak baik, semua ini penghujungnya adalah kejayaan.

Kita juga sering melihat natijah atau hasil kerja orang yang tidak sabar, mati di tengah jalan dan membawa kematian kepada orang lain kerana memandu dengan laju. Gagal dalam peperiksaan, dan mengecewakan orang tua dan diri sendiri dan ribuaan contoh-contoh yang dapat kita saksikan hari ini.

Apakah kita mahu menjadi orang yang Berjaya atau orang yang gagal? sabar dan fikir sebelum anda menjawab!!!!!!!!!!!!!!!!!

15. Tanda orang bodoh ialah menjawab sebelum mendengar, meyangkal sebelum faham dan menghukum sebelum mengetahui.
Pernah kita jumpa orang seperti ini? Atau kita sendiri memiliki sifat tersebut? Orang bodoh ada di mana-mana. Di mana mereka berada mereka akan menyusahkan orang lain dengan kebodohan mereka. Mereka adakalanya berlagak seperti orang faham, memberi pandangan tidak kena tempat dan jauh dari pemasalahan sebenar. Malah lebih parah dari itu ialah ketika mereka tidak sedar akan kebodohan yang mereka miliki dan berlagak pandai. Hati-hati dengan orang yang seperti ini. Jika anda memiliki sahabat seperti ini, pasti dalam keadaan dia mahu membantu anda, dia juga akan menyusahkan anda dengan tingkah lakunya.

Mungkin sebahagian orang perpendapat, orang seperti ini perlu dididik. Alhamdulillah kalau mereka mahu terima tetapi jika mereka ini jenis bodoh sombong, bodoh tidak boleh diajar bererti anda akan membuang masa anda seperti anda berbicara dengan tembok atau keldai.

Jika anda tidak suka orang seperti ini maka jangan anda menjadi seperti mereka! Itu pun juga anda masih mampu ditegur dan berfikir!!!!!

16. Tanda orang riya ialah rajin di hadapan orang, malas jika bersendirian dan suka memuji apa yang telah dilakukkannya.
Pelik jika ada manusia yang riya dan menunjuk-nunjuk. Mereka ini munafik, di depan orang lain dan di belakang orang lain, boleh berubah-ubah macam sumpah sumpit yang boleh berubah warna. Mereka akan sentiasa menampakkan diri mereka hebat di depan orang dan memuji kehebatan dirinya. Sebenarnya mereka ini haprak, kosong, tolol dan bebal, mereka cuba menipu orang lain tetapi mereka sebenarnya menipu diri sendiri. Mereka ini cuba berlagak dengan apa yang mereka tidak miliki. Apakah mereka tidak sedar? Mungkin juga mereka ini tidak sedar dan tidak akan pernah sedar.

Jika kita tidak menyukai orang seperti ini, maka jangan jadi seperti itu! Pamirkan diri kita yang sebenarnya di hadapan orang lain dan berusaha berubah menjadi orang yang lebih baik, pasti orang lain akan menghormati kita dengan apa yang kita ada bukan dengan apa yang tidak kita miliki. Jangan jadi orang riya!! Dan jangan jadi munafik!! Dan jangan jadi seperti sumpah sumpit!!! Jika anda masih diri anda maka fikirlah !!!!!!!!!!!!!!

santapan motivasi 9 dan 10

9 . Orang yang suka memuji dirinya adalah orang yang menarik banyak orang untuk memusuhinya.
Hampir setiap hari kita bertemu dengan orang yang suka memuji diri. Kadang-kadang naik muak mendengar kata-kata orang seperti ini. Aku ini, aku itu, akulah..aku yang patut.... dan sebagainya dari kata-kata yang bermula dari aku....yang pertama mengunakan kata ‘aku’ adalah syaitan ketika menolak perintah Allah untuk sujud kepada Adam, dengan mengatakan ‘aku lebih baik dari Adam, kerana ia diciptakan dari tanah, sedang aku diciptakan dari api’.

Orang yang suka memuji diri ini mewarisi sifat-sifat syaitan, seakan dia tidak sedar dengan perbuatannya membuat orang benci kepadanya. Tapi orang seperti tidak akan sedar, bila orang membencinya dia tidak merasa bersalah, malah dia menyalahkan orang lain.
Orang yang seperti ini tidak sedikit, mungkin tanpa kita sedari kita juga termasuk dari golongan ini. Apakah kita mahu mewarisi sifat syaitan? Fikir dulu sebelum jawab....

10. Fikiran adalah cermin yang jernih
Pernah tidak kita bersyukur kerana kita dilahirkan sebagai manusia. Mungkin tidak pernah, mulalah dari sekarang, takut kita dilahirkan manusia tapi dibangkit di padang Masyar sebagai haiwan. Antara untungnya menjadi manusia ialah kemampuan untuk berfikir. Hari ini semua yang ada dihadapan kita semuanya adalah hasil dari pemikiran manusia, jika tidak mungkin kita masih tinggal dalam gua atau atas pokok dengan memakai cawat atau tidak pakai apa pun. Fikiran adalah bagai cermin yang bersih, jernih dan bening yang menampakkan kita apa sahaja didepannya. Dengan cermin kita akan Nampak kita seluruhnya, apa yang kita miliki dan apa yang tidak kita miliki serta apa sahaja kekurangan yang kita miliki. Dengan itu kita akan berusaha untuk memenuhi kekurangan kita. Hebatkan manusia?

Sekarang siapa masih mahu tinggal dalam gua? Fikir.....................sebelum jawab jika anda masih mampu berfikir.

Thursday, April 9, 2009

santapan motivasi 4,5

4 Ilmu dan jahil umpama manusia dan keldai
Mana lebih hebat, manusia atau keldai? Ha..jangan salah jawab! Malangnya banyak orang hari ini mengatakan bahawa keldai lebih hebat dari manusia! Jangan marah, kerana ini adalah kenyataan. Ini disebabkan mereka meremehkan ilmu dan orang yang berilmu. Dengan meremehkan ilmu dan orang yang berilmu bererti kita juga memuliakan orang jahil. Memuliakan orang jahil umpama kita mengatakan bahawa keldai lebih baik dari manusia.

Jika kita tidak mahu orang mengatakan kita adalah orang yang memuliakan keldai atas manusia maka kita perlu memuliakan ilmu dan yang berilmu, malah kita perlu menjadi pecinta ilmu dan orang yang berilmu dan lebih dari itu kita mesti menjadi orang yang berilmu supaya kita tidak menjadi keldai. Mana lebih kita suka, jadi keldai atau jadi manusia? Fikir sebelum jawab!

5 Kesempurnaan seseorang adalah akalnya.
Pernah jumpa manusia yang bukan manusia? Mereka ini bukan jelmaan hantu atau jin atau Alien…..tetapi manusia yang tidak mahu mengunakan akal. Manusia tanpa akal adalah haiwan, kerana apa yang mereka buat sama dengan haiwan buat, makan, minum, tidur, sex, buang air dan tidak ada akal. Yang membezakan manusia dengan haiwan adalah akal. Akal adalah mahkota manusia. Dengannya manusia berkuasa dan menjadi hebat. Jika mahkota ini dibuang bererti yang tinggal hanya badan yang bersifat haiwan. Mereka manusia yang bukan manusia, tetapi haiwan.

Jika kita tidak mahu menjadi haiwan maka kita perlu gunakan akal kita. Sekarang kita pilih, mahu jadi manusia atau jadi haiwan? Fikir sebelum jawab, jika anda masih manusia!!!

santapan motivasi 6, 7. 8

1. Kemiskinan sebenar adalah kebodohan dan kejahilan, kekayaan sebenar adalah ilmu.
Semua orang tidak mahu jadi miskin, semua orang mahu jadi kaya. Kerana semua orang menganggap adalah kehinaan. Siapa yang mahu jadi hina? Anda mahu? Tentu tidak!!! Tapi apakah ramai orang tahu bahawa semiskin-miskinya manusia adalah manusia bodoh dan jahil? Tentu banyak yang tidak tahu kerana mereka tidak sedar bahawa kekayaan yang mereka kejar adalah apa yang dikejar oleh karun, firaun dan yang seperti mereka. Ini bukan bererti kekayaan tidak penting, tetapi jika ia lebih penting dari ilmu, pasti para nabi akan mewariskan harta benda bukan ilmu sedangkan mereka semua mewariskan ilmu kepada kita hari ini.

Kesian kepada orang-orang jahil, kerana mereka itu miskin. Dan yang menanggap miskin itu hina, maka betapa hinanya orang jahil dan bodoh. Jika ditanya mana yang kita pilih, harta atau ilmu, apakah jawapan yang akan kita berikan? Fikir sebelum jawab, jika anda tidak miskin!!!!!!

2. Kehidupan tanpa kesusahan bukan hidup.
Semua orang mahu hidup senang dan tidak mahu susah. Semua perkara mereka mahu yang senang tidak mahu yang susah. Pelajaran yang senang, kerja yang senang, kehidupan yang senang dan mungkin juga mati yang senang. Tapi apakah kita pernah berfikir, sejak kita lahir sampai sekarang ini, jika telah melalui beribu-ribu kesusahan dan akan menghadapi ribuan kesusahan lagi pada masa akan datang. Jadi kehidupan kita ini penuh dengan kesusahan, apakah kita setuju bahawa kehidupan ini sinonim dengan kesusahan?

Sejak lahir, dari tidak tahu apa-apa, kita belajar merangkah, kemudian, bertahtih, kemudian kena berjalan pulak, kemudian ada pula kena belajar berjalan dengan betul mengikut kerjaya seperti polis, tentera dan model, adajuga kena belajar berlari dengan betul. Begitu juga dengan makan, bukan asal masuk mulut jer. Baik-baik tengah manja dengan mak bapak, kena pulak pergi sekolah, lepas tu bukan sebentar, bertahun lamanya. Tidak ada pelajaran yang senang, jika kita anggap senang, yang menyusun dan menulis pelajaran itu bukan senang. Baik-baik hidup sorang, kena pula kawin, kena cari duit untuk kawin, senang ker? Lepas berdua dapat anak pulak, senang ker? Tanya semua ibu yang mengandung, senang ker melahirkan anak? Lepas itu kena pula membesarkan anak, kena hantar ke sekolah dan seterusnya hingga dia juga menjadi seperti kita, bekerja, berkawin dan punya anak. Kita pula menyiapkan diri ke rumah yang abadi....ahkirat, ingat senang ker?

Jadi bagaimana, senang ke hidup? Fikir dulu sebelum jawab, jika anda masih hidup !!!!!

3. Akhlak yang mulia umpama mengenakan pakaian baru dan perhiasan yang indah.
Teringat kisah Abu Nawas dengan pakiannya ketika diundang ke satu majlis. Ketika dia mengenakan pakian kotor, dia tidak dilayan tetapi ketika dia memakai pakian yang hebat dan perhiasan yang indah, dia dilayan luar biasa. Semua orang mahu mengenakan pakaian yang baru dan hebat ketika keluar ke satu majlis keramaian atau undangan pakian baru dan indah adalah perhiasan luaran kita yang kita tunjukkan kepada orang, dan orang mungkin...mungkin akan memuji pakian yang kita kenakan.

Tetapi berapa ramai orang yang sedar bahawa seindah-indah pakain adalah akhlak yang indah? Mungkin tidak ramai orang sedar! Pakai pakaian yang cantik tetapi akhlak buruk, bila akhlak buruk, orang yang bijak tidak melihat lagi pakaian yang dikenakan, hanya orang jahil saja yang akan suka. Terserah kepada kita, kita suka orang yang bijak dan baik meyukai kita atau orang yang jahat dan tidak senonoh. Tapi ramai orang tidak ambil peduli tentang hal ini. Akhlak buruk pun tidak apa asal pakaian cantik.

Anda bagaimana? Apakah anda masih lagi waras untuk menentukan pakaian mana yang perlu anda utamakan, pakian akhlak yang terpuji atau anda lebih mementingkan pakiaan luaran? Fikir dahulu sebelum jawab, jika anda berpakaian........hmm camne tu? takpelah

Wednesday, April 8, 2009

santapan motivasi 3

Seburuk-buruk manusia adalah mereka yang tidak memiliki teman dan yang lebih buruk dari itu ialah mereka yang memiliki teman lalu kehilangannya.
Manusia diciptakan bukan untuk hidup bersendirian, fitrah yang ada sentiasa membawa manusia untuk hidup bermasyarkat. Hidup dengan memiliki teman dan sahabat. Malah haiwan pun kebanyakkan hidup bermasyarakat. Maka manusia bukan manusia jika bersendirian jika ada manusai yang seperti ini maka ia adalah sebodoh-bodoh manusia. Dan ada lagi yang lebih bodoh dari itu, mereka yang memiliki teman tetapi kerana kesalahan dan kebodohannya, ia kehilangan teman tersebut.

Hari ini mungkin mustahil kita bertemu dengan manusia yang tidak memiliki teman tetapi tidak sedikit yang kehilangan teman gara-gara kebodohan. Apakah kita termasuk dari mereka yang memiliki teman lalu kehilangan tersebut? Jika ya..bererti…kita adalah paling bodohnya manusia. Maka jangan jadi orang bodoh, jadilah orang bijak dengan menjaga teman kita yang sedia ada dan sementara itu tambahkan teman-teman baru.

Monday, April 6, 2009

santapan motivasi 2

1. Waktu berlalu seperti pergerakan awan. Tanpa disedari ia telah hilang.
Setiap hari kita melihat awan. Dengan corak yang berbagai, indah dan adakalanya menakutkan. Awan seakan tidak bergerak, tenang pada tempatnya, tetapi apabila kita memaling darinya dan menyibukkan diri dengan hal lain dan ketika ketika menoleh kepadanya, ia sudah berlalu. Waktu dan peluang juga sedemikian, tanpa kita sedari, waktu meninggalkan kita dengan cepat. Berapa banyak peluang yang hilang dari tangan kita disebabkan kita tidak mengambilnya. Tahu-tahu kita berada dalam kerugian. Gunalah peluang dan waktu dengan sebaiknya. Kita yang menentukan di pihak mana kita patut berada, pihak yang berjaya atau pihak yang rugi.

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka-mereka yang beriman yang melakukan amal soleh, yang saling menasihati tentang kebenaran dan saling menasihati tentang kesabaran. Al Quran –surah Wal Asr

santapan motivasi 1

1. Akalnya orang jahil di belakang lidahnya dan lidahnya orang berilmu di belakang akalnya. Maksud dari kata-kata hikmah di atas ialah, orang-orang jahil atau bahasa kasarnya orang bodoh kebanyakannya bercakap dahulu baru berfikir. Cakap tidak pakai fikir, kalau lepas bercakap baru mahu berfikir pun masih baik juga, tapi banyaknya tidak fikir langsung. Orang yang berilmu pula berbeza, mereka berfikir dahulu sebelum bercakap. Bukan menyondol bercakap tidak tentu pasal.

Cuba kita renungkan pada diri kita, kita ini dari golongan yang mana? Yang jahil atau yang berilmu. Atau kita mahu digolongkan di golongan yang mana? Jangan jawab, fikir dulu.
Wassalam