Thursday, April 9, 2009

santapan motivasi 4,5

4 Ilmu dan jahil umpama manusia dan keldai
Mana lebih hebat, manusia atau keldai? Ha..jangan salah jawab! Malangnya banyak orang hari ini mengatakan bahawa keldai lebih hebat dari manusia! Jangan marah, kerana ini adalah kenyataan. Ini disebabkan mereka meremehkan ilmu dan orang yang berilmu. Dengan meremehkan ilmu dan orang yang berilmu bererti kita juga memuliakan orang jahil. Memuliakan orang jahil umpama kita mengatakan bahawa keldai lebih baik dari manusia.

Jika kita tidak mahu orang mengatakan kita adalah orang yang memuliakan keldai atas manusia maka kita perlu memuliakan ilmu dan yang berilmu, malah kita perlu menjadi pecinta ilmu dan orang yang berilmu dan lebih dari itu kita mesti menjadi orang yang berilmu supaya kita tidak menjadi keldai. Mana lebih kita suka, jadi keldai atau jadi manusia? Fikir sebelum jawab!

5 Kesempurnaan seseorang adalah akalnya.
Pernah jumpa manusia yang bukan manusia? Mereka ini bukan jelmaan hantu atau jin atau Alien…..tetapi manusia yang tidak mahu mengunakan akal. Manusia tanpa akal adalah haiwan, kerana apa yang mereka buat sama dengan haiwan buat, makan, minum, tidur, sex, buang air dan tidak ada akal. Yang membezakan manusia dengan haiwan adalah akal. Akal adalah mahkota manusia. Dengannya manusia berkuasa dan menjadi hebat. Jika mahkota ini dibuang bererti yang tinggal hanya badan yang bersifat haiwan. Mereka manusia yang bukan manusia, tetapi haiwan.

Jika kita tidak mahu menjadi haiwan maka kita perlu gunakan akal kita. Sekarang kita pilih, mahu jadi manusia atau jadi haiwan? Fikir sebelum jawab, jika anda masih manusia!!!

No comments: