Thursday, April 16, 2009

santapan motivasi 9 dan 10

9 . Orang yang suka memuji dirinya adalah orang yang menarik banyak orang untuk memusuhinya.
Hampir setiap hari kita bertemu dengan orang yang suka memuji diri. Kadang-kadang naik muak mendengar kata-kata orang seperti ini. Aku ini, aku itu, akulah..aku yang patut.... dan sebagainya dari kata-kata yang bermula dari aku....yang pertama mengunakan kata ‘aku’ adalah syaitan ketika menolak perintah Allah untuk sujud kepada Adam, dengan mengatakan ‘aku lebih baik dari Adam, kerana ia diciptakan dari tanah, sedang aku diciptakan dari api’.

Orang yang suka memuji diri ini mewarisi sifat-sifat syaitan, seakan dia tidak sedar dengan perbuatannya membuat orang benci kepadanya. Tapi orang seperti tidak akan sedar, bila orang membencinya dia tidak merasa bersalah, malah dia menyalahkan orang lain.
Orang yang seperti ini tidak sedikit, mungkin tanpa kita sedari kita juga termasuk dari golongan ini. Apakah kita mahu mewarisi sifat syaitan? Fikir dulu sebelum jawab....

10. Fikiran adalah cermin yang jernih
Pernah tidak kita bersyukur kerana kita dilahirkan sebagai manusia. Mungkin tidak pernah, mulalah dari sekarang, takut kita dilahirkan manusia tapi dibangkit di padang Masyar sebagai haiwan. Antara untungnya menjadi manusia ialah kemampuan untuk berfikir. Hari ini semua yang ada dihadapan kita semuanya adalah hasil dari pemikiran manusia, jika tidak mungkin kita masih tinggal dalam gua atau atas pokok dengan memakai cawat atau tidak pakai apa pun. Fikiran adalah bagai cermin yang bersih, jernih dan bening yang menampakkan kita apa sahaja didepannya. Dengan cermin kita akan Nampak kita seluruhnya, apa yang kita miliki dan apa yang tidak kita miliki serta apa sahaja kekurangan yang kita miliki. Dengan itu kita akan berusaha untuk memenuhi kekurangan kita. Hebatkan manusia?

Sekarang siapa masih mahu tinggal dalam gua? Fikir.....................sebelum jawab jika anda masih mampu berfikir.

No comments: