Sunday, April 19, 2009

santapan motivasi 17-20

17. Manusia tersembunyi di bawah lidahnya.
Nilai seorang manusia adalah dengan apa yang ia bicarakannya. Apakah ia seorang yang berilmu atau seorang jahil, seorang kaki belit dan putar alam atau seorang jujur. Banyak Manusia yang cuba menyembunyikan rahsia dirinya tetapi pada satu ketika lidahnya pasti akan membuka rahsia dirinya.

Semakin banyak seseorang itu bercakap, maka semakin jelas siapa dirinya. Orang yang kuat menipu, lidahnya juga akan membongkar bahawa dia seorang penipu, ketika dia berbicara sesuatu yang berbeza dengan sebelumnya kerana penipu sering lupa apa yang ia bicarakan. Maka hati-hati ketika kita berbicara dan ubahlah diri kita menjadi orang yang lebih baik. Jika tidak lidah kita akan menceritakan pada orang lain siapa diri kita!!! Apakah kita mahu ini terjadi....fikir kalau perlu jangan jawab pakai lidah !!!!!!!!!!!!!!!!!

18. Bertanya adalah kunci ilmu
Kita sering mendengar orang berkata, malu bertanya sesat jalan. Jika kita ingin pergi ke satu distinasi yang kita tidak ketahui, kita perlu bertanya supaya kita selamat sampai ke tempat tersebut. Hari ini banyak orang yang sesat, bukan sesat di jalan tapi sesat dalam kehidupan mereka. Ini disebabkan mereka tidak mahu bertanya, jalan yang mana yang paling selamat dalam kehidupan dan akhirnya mereka jahil dan sesat sampai mati.

Bertanya menghilangkan kebodohan dari kita kita, kerana setiap ilmu ada kuncinya dan kuncinya adalah pertanyaan. Semakin banyak bertanya maka semakin banyak pintu ilmu terbuka. Ilmu adalah cahaya kehidupan, kita hidup perlukan kepada ilmu, jika malu untuk bertanya atau malas untuk bertanya, lebih baik jangan hidup.

kita ingin terus dalam kejahilan? Atau kita mahu jadi orang yang berilmu? Jawapannya adalah pada pertanyaan yang akan anda fikirkan!!!!!!!!

19. Hati manusia cepat merasa gusar, sunyi dan melemah, carilah ucapan-ucapan hikmah untuknya.
Bila kita merenung hati dan jiwa kita, kita akan dapati bahawa hati kita sering mengalami perasaan-perasaan yang membuat kita sedih, gusar, kosong dan melemah, ketika itu kita seakan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Pada waktu itu juga perasaan putus asa juga akan mengusai diri kita, semuanya menjadi tidak kena. Sudah tentu kita ingin mencari ubat untuk mengubat penyakit ini dan ubat yang terbaik adalah kata-kata hikmah yang menembusi hati dan menyembuhkannya dari segala penyakit-penyakit jiwa dan memberi kekuatan kepada diri kita.

Kata-kata hikmah ibarat hujan yang membersihkan bumi dari udara yang kotor dan membasahi bumi dan akan tumbuh dari bumi tumbuhan yang menghijaukan bumi. Hati umpama tanah gersang yang sentiasa perlu dibasahi. Hati yang gusar dan lemah tidak akan membawa faedah kepada manusia. Maka indahkanlah hati dengan kata-kata hikmah.
Apakah anda ingin terus dengan hati yang gersang, pilihan adalah milik anda, fikirlah sebaiknya!

20. Orang yang sederhana tidak akan menjadi miskin.
Antara penyakit yang ada dalam masyarakat kita hari ini adalah keinginan hidup kaya dan senang. Maka siang dan malam kita bekerja bagai hamba kerana keinginan kita sendiri. Banyak yang tidak sedar bahawa yang lebih penting dari menjadi kaya adalah tidak menjadi fakir miskin! Siapa yang mahu jadi miskin, sudah tentu tidak ada yang mahu, tapi tidak menjadi miskin bukan bererti mesti menjadi kaya. Banyak orang yang berusaha menjadi kaya tetapi terikat dengan kekayaannya. Keseluruhan hidupnya habis kerana kekayaannya malah tidak ada ruang untuk berehat, akhirnya hartanya di mana, dirinya di mana dan keluarganya di mana....

Orang yang hidupnya sederhana itu lebih baik dari orang kaya yang menjadi hamba dunia. Orang yang sederhana, tidak boros dan tidak kedekut pasti tidak akan menjadi miskin. Mereka sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka dapatkan dari rezeki halal. Sekarang ini tinggalkan kita untuk memilih, kita mahu menjadi orang yang mana? Fikir dahulu sebelum

No comments: