Thursday, April 16, 2009

santapan motivasi 11-16

11. Keindahan seorang lelaki terletak pada sifat ‘hilm’nya (menahan diri dari marah).
Lelaki selalunya menanggap diri mereka hebat, perkasa dan gagah. Dalam peperangan atau pergaduhan lelakilah yang kehadapan membela apa yang mereka perjuangankan. Lelaki selalu tidak mahu kalah dalam semua hal dan pantang dicabar kerana ego yang ada pada mereka. Satu perkara yang negetif ada pada lelaki adalah cepat marah. Kebanyakan lelaki gagal mengusai diri mereka ketika marah, banyak yang menjadi mangsa, harta benda, wanita, kanak-kanak mahupun haiwan.

Lelaki yang hebat sebenarnya bukan pada kekuatan menundukkan yang lain tetapi pada sifat hilmnya, iaitu mengusai marahnya. Dalam keadaan ia mampu marah, ia Berjaya mengusai marahnya. Dalam keadaan ia mampu mengalahkan musuhnya, ia memaafkan mereka. Berapa banyak lelaki yang kita pernah jumpa yang memiliki sifat ini, terutama pada hari ini?
Mudah-mudahan sepsis lelaki seperti ini belum pupus sebagaimana kebanyakan haiwan.

Untuk lelaki yang membaca tulisan ini, indahkanlah diri anda dengan sifat hilm jika anda benar-benar lelaki.

12. Sifat marah adalah antara senjata ampuh iblis.
Marah adalah antara sifat yang ada pada manusia. Ia penting tetapi perlu di kontrol kerana marah menyebabkan manusia hilang pertimbangan atau dengan kata kasarnya gila. Orang yang sedang marah selalunya lupa siapa dirinya, dia akan mengamuk seperti kena rasuk syaitan. Ia tidak kira apa yang ada di sekelilingnya. Iblis paling suka manusia yang seperti ini, ia akan dimasukkan dalam barisan tentara iblis untuk membuat huru hara dan kerosakan.

Kita mungkin sahaja bertemu dengan manusia yang seperti ini dalam kehidupan kita setiap hari dan mungkin kita juga termasuk dari golongan ini. Oleh itu kita mestilah berusaha untuk mengusai kemarahan kita supaya kita tidak dikusai oleh iblis. Atau kita memang suka menjadi tentera iblis? Tolong jangan jawab jika anda sendang marah!!!!!!!!


13. Orang yang tidak mengetahui nilai dirinya pasti akan hancur.
Manusia ada dua unsur, satu jismani atau zahir, kedua rohani atau batin. Sebahagian ilmuan mengelarnya unsur haiwan dan malaikat. Manusia memiliki kedua unsur ini, tetapi kebanyakan manusia tidak sedar unsur yang kedua ini. Mereka mengira bahawa nilai manusia hanya sekadar unsur zahirnya sahaja tanpa melihat kepada unsur yang lebih penting iaitu unsur batin atau rohani atau malaikat manusia. Manusia yang rohaninya terkalahkan dengan kehendak zahirnya, maka ia lebih buruk dari haiwan. Manusia yang rohaninya dapat mengusai zahirnya ia akan lebih baik dari malaikat.

Kita dapat melihat banyak manusia gagal kerana tidak tahu akan nilai dirinya. Mereka gagal memahami bahawa keberadaan di dunia ini bukan untuk terus kekal di sini. Mereka melihat kematian adalah penghujung jalan bagi kehidupan dan tidak ada kehidupan setelah itu. Mereka sedaya upaya mahu tinggal lebih lama di dunia dan menikmatinya, sama seperti haiwan yang cuba mengelak dari maut.

Apakah kita seperti ini? Koreksi diri kita terlebih dahulu dan dengan unsur apa kita menjawab, apakah dengan unsur haiwan atau unsur malaikat?

14. Orang yang sabar pasti akan Berjaya walaupun mengambil waktu yang lama.
Sabar adalah kunci kejayaan. Sabar disini memiliki banyak makna, sabar dalam kesusahan, sabar melakukan ketaatan dan sabar dari melakukan maksiat. Hamper semua kehidupan kita, kita perlu berhadapan dengan kesabar. Jika ibu tidak sabar untuk menggandung selama Sembilan bulan, maka tidak aka nada manusia hari ini. Sabar membasarkan anak, sabar member mereka ilmu, sabar di alam persekolahan, sabar ketika kerja, sabar ketika taat kepada undang-undang keilmuan, kerja, Negara dan kemanusian. Sabar kumpul duit untuk berkahwin dan sabar untuk tidak melakukan perbuatan yang tidak baik, semua ini penghujungnya adalah kejayaan.

Kita juga sering melihat natijah atau hasil kerja orang yang tidak sabar, mati di tengah jalan dan membawa kematian kepada orang lain kerana memandu dengan laju. Gagal dalam peperiksaan, dan mengecewakan orang tua dan diri sendiri dan ribuaan contoh-contoh yang dapat kita saksikan hari ini.

Apakah kita mahu menjadi orang yang Berjaya atau orang yang gagal? sabar dan fikir sebelum anda menjawab!!!!!!!!!!!!!!!!!

15. Tanda orang bodoh ialah menjawab sebelum mendengar, meyangkal sebelum faham dan menghukum sebelum mengetahui.
Pernah kita jumpa orang seperti ini? Atau kita sendiri memiliki sifat tersebut? Orang bodoh ada di mana-mana. Di mana mereka berada mereka akan menyusahkan orang lain dengan kebodohan mereka. Mereka adakalanya berlagak seperti orang faham, memberi pandangan tidak kena tempat dan jauh dari pemasalahan sebenar. Malah lebih parah dari itu ialah ketika mereka tidak sedar akan kebodohan yang mereka miliki dan berlagak pandai. Hati-hati dengan orang yang seperti ini. Jika anda memiliki sahabat seperti ini, pasti dalam keadaan dia mahu membantu anda, dia juga akan menyusahkan anda dengan tingkah lakunya.

Mungkin sebahagian orang perpendapat, orang seperti ini perlu dididik. Alhamdulillah kalau mereka mahu terima tetapi jika mereka ini jenis bodoh sombong, bodoh tidak boleh diajar bererti anda akan membuang masa anda seperti anda berbicara dengan tembok atau keldai.

Jika anda tidak suka orang seperti ini maka jangan anda menjadi seperti mereka! Itu pun juga anda masih mampu ditegur dan berfikir!!!!!

16. Tanda orang riya ialah rajin di hadapan orang, malas jika bersendirian dan suka memuji apa yang telah dilakukkannya.
Pelik jika ada manusia yang riya dan menunjuk-nunjuk. Mereka ini munafik, di depan orang lain dan di belakang orang lain, boleh berubah-ubah macam sumpah sumpit yang boleh berubah warna. Mereka akan sentiasa menampakkan diri mereka hebat di depan orang dan memuji kehebatan dirinya. Sebenarnya mereka ini haprak, kosong, tolol dan bebal, mereka cuba menipu orang lain tetapi mereka sebenarnya menipu diri sendiri. Mereka ini cuba berlagak dengan apa yang mereka tidak miliki. Apakah mereka tidak sedar? Mungkin juga mereka ini tidak sedar dan tidak akan pernah sedar.

Jika kita tidak menyukai orang seperti ini, maka jangan jadi seperti itu! Pamirkan diri kita yang sebenarnya di hadapan orang lain dan berusaha berubah menjadi orang yang lebih baik, pasti orang lain akan menghormati kita dengan apa yang kita ada bukan dengan apa yang tidak kita miliki. Jangan jadi orang riya!! Dan jangan jadi munafik!! Dan jangan jadi seperti sumpah sumpit!!! Jika anda masih diri anda maka fikirlah !!!!!!!!!!!!!!