Sunday, May 11, 2008

hidup yang mati dan mati yang hidup

HIDUP YANG MATI DAN MATI YANG HIDUP

Ada yang bertanyakan ‘apakah erti hidup? Ada tidak yang hidup tetapi sebenar ia mati dan yang mati tetapi sebenarnya ia hidup?”. Persoalan yang menarik untuk dibahaskan.

Pertama kita terlebih dahulu mesti mendefinasikan erti hidup dan mati. Hidup adalah sesuatu yang memenuhi tuntutan keberadaannya sedangkan mati adalah sebaliknya iaitu sesuatu yang tidak dapat memenuhi tuntutan keberadaannya. Sebagai contoh seorang manusia yang telah menjadi mayat, ia tidak dapat memenuhi tuntutan keberadaannya sebagai manusia, seperti bergerak, makan, minum dan sebagainya, oleh itu ia dipanggil sebagai orang mati.

Jika kita memahami definasi ini, kita akan dapat memahami erti hidup dan mati dengan lebih luas lagi. Contohnya pokok durian yang tidak berbuah atau pokok bunga ros yang tidak mengeluarkan bunga, kita akan mengatakan pokok durian dan bunga ros itu pokok yang mati kerana ia tidak dapat memenuhi tuntutan keberadaanya sebagai pokok durian dan pokok bunga ros.

Jika kita kembali kepada manusia, apakah mayat saja yang kita panggil sebagai orang mati? Tentu tidak, banyak lagi orang-orang yang bergerak dan berjalan tetapi sebenarnya mereka mati. Ini kerana mereka tidak dapat memenuhi tuntutan keberadaan mereka sebagai manusia yang sentiasa memberi manafaat kepada dirinya dan orang-orang yang ada di sekelilingnya. Sebab itu kita panggil penagih dadah sebagai mayat hidup, kerana keberadaan mereka tidak memberi manafaat kepada diri mereka sendiri malah memudaratkan, baik pada diri mereka mahupun kepada yang lain.

HIDUP YANG MATI DAN MATI YANG HIDUP 2

Penagih dadah kita katakana orang yang telah mati, kerana keberadaan mereka tidak memberi manafaat untuk diri mereka mahupun masyarakat malah memudaratkan lagi. Tetapi apakah hanya mereka sahaja yang layak digelar orang hidup yang mati?, sudah tentu tidak, ramai lagi orang-orang yang mati sedang berjalan disekeliling kita, mungkin termasuk diri kita sendiri! Betulker? Mungkin kita mengatakan tidak. Mari kita lihat siapa yang kenaaaaaaaaaa.

Apa itu manusia? Persoalan yang mengudang jawapan yang banyak oleh para ilmuan kembali kepada displin ilmu yang mereka milik. Ahli logika mendefinasikan manusia sebagai haiwan yang berkognatif..berfikirlah tu, ahli sosial mendefinasikan haiwan yang bersosial, yang membahas agama mendefinasikan manusia haiwan yang beragama, yang ahli ibadah pula mendifenasikan manusia sebagai haiwan yang menyembah tuhan dan seribu macam definasi manusia yang telah diberi oleh ilmuan melalui displin ilmu yang berbagai.

Sekarang kita akan mengunakan definasi yang paling mudah sebelum kita mengunakan definasi yang berat tentang manusia iaitu definasi logika, haiwan yang berfikir atau yang berakal, berkognatif. Berfikir yang membezakan manusia dengan haiwan-haiwan yang lain dan mengangkat darjat manusia kepada kedudukan yang tinggi. Maka itu manusia yang hidup adalah mereka yang berfikir. Yang tidak mahu berfikir adalah orang mati, yang tidak mahu pakai akal adalah mayat yang berjalan, yang dok race malam-malam dan tidak sayang nyawa kerana tidak mahu berfikir…mati bukan hidup. Haiwan pun tidak mahu jadi macam mereka. Allah menyebut mereka lebih buruk dan hina dari haiwan. Kita berfikir tidak sebelum bertindak?, berfikir tidak sebelum bercakap? Tepuk dada Tanya selera….

HIDUP YANG MATI DAN MATI YANG HIDUP 3

Orang yang tidak mengunakan akal fikiran, kita anggap mereka sebagai mati. Bagaimana pula orang yang mengunakan akal fikiran mereka untuk kepentingan diri mereka sahaja? Apakah mereka juga termasuk orang yang mati?

Sudah tentu, ini kerana manusia hidup dalam masyarakat dan tidak mampu untuk hidup bersendirian. Hidup dalam bermasyarakat adakalanya kepentingan individu perlu dikorbankan untuk mendahulukan kepentingan ramai. Masyarakat yang hidup adalah masyarakat yang mana setiap anggotanya memainkan peranan untuk mengerakkan masyarakat tersebut. Mereka menghormati hak ramai dan menjaganya. Dengan itu sesuatu masyarakat akan bergerak maju dan mengujudkan bangsa yang padu. Adanya undang-undang dan pelaksananya adalah untuk memastikan suapaya jangan ada mereka yang memikirkan kepentingan sendiri menceroboh hak orang lain dan hak orang ramai.

Masyarakat yang mati adalah apabila masyarakatnya hanya memikirkan kepetingan peribadi. Malah sebenarnya mereka ini tidak layak untuk digelar masyarakat. Tiada ikatan antara orang-orang yang ada di dalamnya untuk mewujudkan apa yang dipanggil masyarakat. Mereka adalah bangsa yang mati dan sebenarnya tidak layak untuk hidup. Dalam Al Quran, Allah S.W.T. mengisahkan beberapa kaum yang terdahulu seperti kaum Add dan Samud yang Allah binasakan akibat angkara yang mereka lakukan. Mereka yang adalah antara contoh masyarakat yang mati dan anggota masyarakat mereka juga adalah orang-orang yang mati.

Jadi di sini kita boleh memahami bahawa setiap individu yang mementingkan diri mereka sendiri dan menggangu hak-hak individu lain dan masyarakatnya keseluruhan adalah orang hidup yang mati. Ini termasuk penjenayah, perompak, ahli rasuah, samseng jalanan, kaki peras ugut, tonto, pencetak rompak (kesian Mawi), yang race motor haram,vendelisme, kaki fitnah, pembohong dan ribuan contoh yang lain. Apakah kita juga termasuk dari golongan ini? Tepuk dada Tanya selera, sendiri jawah…..


HIDUP YANG MATI DAN MATI YANG HIDUP 4

Pada perbahasan lepas kita telah membicarakan contoh orang yang hidup yang mati dan masyarakat yang mati. Jika kita dapat menrincikan lagi definasi hidup dan mati, kita akan dapat menilai diri kita sendiri dan orang-orang yang berada di sekeliling kita. Apakah kita hidup atau mati? Apakah kita berada di sekeliling orang yang hidup atau yang mati? Mungkin kita boleh mengutarakan beberapa soalan yang jawapannya biar kita sendiri yang jawab dan biar kita sendiri yang tahu jawapannya, tidak perlu beritahu orang lain. Biarlah ia memjadi rahsia kita.

Jika kita seorang pelajar, apakah kita seorang pelajar yang hidup atau mati? Jangan salah faham bila kita ingat dengan tidak poteng kelas dan mendapat nilai tinggi dalam peperikasaan bererti kita kita perlajar yang hidup. Makna pelajar lebih agung dan jauh dari makna tidak ponteng kelas dan mendapat nilai yan tinggi. Pelajar merupakan satu kalimat yang suci dan pakaiannya adalah kemuliaan. Manusia secara fitrah adalah pelajar. Dari awal hidupnya sampai ia mati.

Ertinya manusia sentiasa ingin mengetahui sesuatu yang baru kerana kejahilan adalah musuhnya. Mereka yang berpeluang untuk mengenakan nama dan pakaian pelajar perlu mengambil iktibar dari fitrah yang ada ini. Waktu mereka menjadi pelajar, mereka tidak disibukkan dengan urusan-urusan lain sebagaimana orang yang telah bekerja. Maka gunakanlah peluang untuk menimba ilmu dan memahami hal-hal yang baru. Ini bererti ilmu yang perlu mereka pelajari bukan hanya kepada subjek-subjek yang mereka ambil. Baca buku-buku keagamaan dan orang-orang yang telah berjaya serta ambil tahu apa yang berlaku di dunia hari ini. Bukan baca buku-buku cinta atau sibuk ambil tahu tentang apa yang berlaku dalam dunia artis. Ini bukan pelajar yang hidup, ini namanya pelajar yang mati. Sibuk pasal novel cinta, sibuk pasal majalah sensasi dunia artis. Pelajar sedemikian bagaimana boleh membimbing dan memimpin masyarakat. Kalau jadi pemimpin pun akan jadi pemimpin yang mati.

Ketika al marhum Imam Khomeini (pemimpin revolusi Republik Islam Iran) dipuji kerana ketinggi keilmuan beliau baik dalam falsafah, irfan, politik dan keilmuaan yang lain, beliau tidak mengendahkan pujian tersebut, dia hanya mengatakan bahawa “saya adalah seorang pelajar”.

HIDUP YANG MATI DAN MATI YANG HIDUP 5

As salamualaikum, bertemu kembali, pertama saya meminta maaf kerana terlewat menulis siri yang kelima dari perbahasan ini kerana atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kembali kepada perbahasan hidup yang mati dan mati yang hidup. Pada perbahasan yang lepas, kita telah membahas sifat-sifat pelajar yang hidup. Mudah-mudahan kita termasuk orang-orang yang tidak pernah kenyang dengan ilmu dan tidak merasa cukup dengan ilmu yang kita miliki.

Kali ini persoalan yang akan kita bahaskan adalah tentang guru atau pendidik. Satu bidang yang amat mulia. Hari ini, kita semua boleh menulis dan membaca serta memiliki bermacam-macam ilmu kerana jasa mereka-mereka yang telah mendidik kita bermula dari tadika, sekolah rendah, menengah, kolej dan unversiti. Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa mereka ke atas kita. Hari ini kita berhadapan dengan satu fenomena yang pelik iaitu kerjaya guru yang menjadi rebutan sebahagian besar graduan yang tidak berjaya mendapatkan pekerjaan. Sememangnya Negara kita memang kekurangan tenaga pendidik. Cuma persoalannya apakah pendidik itu satu kerjaya atau tanggung jawab atau keduanya sekali.

Ada pendidik yang menganggap bidang pendidikan satu kerjaya dan kerja mereka ibarat orang kerja pejabat dengan diikat dengan punch card dan selepas itu mereka tidak ada urusan dengan murid-murid mereka. Mereka ke sekolah bukan dengan semangat pendidik tapi sekadar tugas yang perlu mereka laksanakan dan cukup bulan mereka hanya menunggu gaji dan tidak perduli untung nasib murid-murid mereka. Mereka ini tidak memiliki roh pendidik, mereka ini guru yang mati. Bila tidak ada roh bererti mati, mengajar pun tidak ada berkat. Mereka ini pengkhianat pada Negara. Mendidik murid bukan saja dengan menyampaikan dengan kalimat saja tetapi perlu dengan jiwa dan hubungan roh antaranya dengan murid. Jangan salahkan murid jika tidak menghormati pendidik yang sedemikian.

Pendidik yang hidup adalah mereka yang mendidik kerana rasa tanggung jawab mereka. Ketika mereka mengajar, roh mereka juga berkomunikasi dengan murid. Mereka bukan saja dapat menberikan ilmu tetapi mereka juga mendidik murid-murid menjadi manusia-manusia yang berharga untuk diserahkan kepada Negara. Mereka adalah pendidik yang hidup. Jasa-jasa mereka akan sentiasa mengikuti mereka baik baik di dunia mahupun di akhirat.

“kewajiban orang yang berilmu adalah menjaga dirinya dengan kewarakan dan mendermakan ilmunya kepada yang menuntutnya”
“untuk setiap sesuatu ada zakatnya dan zakat ilmu adalah dengan mengajar”


HIDUP YANG MATI DAN MATI YANG HIDUP 6

Bertemu lagi, masih dalam perbahasan yang sama iaitu hidup yang mati. Kita telah membahas berapa subjek tentang hal ini. Kita juga boleh mengembangkan perbahasan ini ke atas subjek-subjek yang lain seperti contoh yang di bawah.

1. perkerja yang hidup
2. majikan yang hidup
3. anak yang hidup
4. orang tua yang hidup
5. suami yang hidup
6. isteri yang hidup
7. jiran yang hidup
8. masyarakat yang hidup
9. pemimpin yang hidup
10. rakyat yang hidup
11. Negara yang hidup
12. pemandu yang hidup
Serta puluhan subjek-subjek yang lain dan jika dibahas secara tetiti maka ia akan menjadi sebuah buku 300 ke 400 muka surat.

Ada lagi sejenis manusia yang hidup yang mati dan Allah ‘hidupkan’ mereka dan berjalan dengan nur Allah dikalangan manusia yang hidup tetapi mati. Mereka ini bergerak dengan nur Allah dikalangan mayat-mayat yang kegelapan akibat dosa-dosa yang mereka lakukan. Dalam surah Al An’am, ayat 122, Allah berfirman “orang yang mati kemudian Kami hidupkannya dan Kami kurniakan kepadanya nur dan ia berjalan dikalangan manusia dengan nur itu, apakah sama dengan orang-orang yang berada di dalam kegelapan dan mereka tidak keluar darinya, begitulah bagaimana Allah hiasi orang-oang kafir dari apa yang telah mereka lakukan”

Mereka adalah orang-orang yang telah mematikan keinginan nafsu mereka dan telah mentalak dunia. Bagi merka dunia adalah ladang yang perlu diterokai dan hasilnya akan mereka dapatkan di akhirat. Mereka bergerak dengan keinginan dan keredhan Allah, mereka hidup dengan itu. Apasaja yang mereka lakukan baik ibadah mahupun perbuatan yang lain tujuannya bukan untuk dunia. Mereka bukan orang-orang yang tidak bekeluarga atau tidak bekerja, malah meraka memiliki keluarga yang besar dan tekun dalam pekerjaan tetapi itu semua bukan dapat menyekat mereka untuk mengejar kehidupan yang abadi.

No comments: