Monday, May 5, 2008

kekeliruan identiti

Pipit dan helang
Golongan muda dan kekeliruan Identiti

Sejak kecilnya ia dibesarkan di dalam sangkar. Makan dan minumnya dijaga, dimandikan setiap hari dan dibelai dengan manja. Pipit cukup segalanya. Pemilikinya amat mencintainya. Dengan segala kelebihan yang ia miliki, pipit tetap tidak gembira. Dalam sangkar indah, setiap hari berganti, kesedihan pipit semakin bertambah. Sang pemilik bertambah hairan, apa yang yang menyebabkan pipit kesayangannya nampak sedihan dan makanan yang disediakan pun tidak dijamahnya. Setaip hari pipit hanya melihat apa yang ada diluar sangkar. Rupa-rupanya sipipit merindukan kebebasan. Hal ini disedari oleh sang pemilik dan dengan berat hati ia terpaksa melepaskan si pipit pergi untuk mengecapi kebebasan yang ia inginkan.

Kini si pipit terbang bebas dengan penuh kegembiraan. Ia terbang ke kanan, ke kiri, ke atas dan ke bawah. Setelah penat terbang dan bermain-main, si pipit mula kelaparan, ia perlu makan tapi bagaimana ia boleh menacari makanan sedangkan seumur hidupnya, makan dan minumnya dijaga oleh tuannya. Si pipit mula kebingungan, ia mula merasa sedih, tiba-tiba ia melihat sekawan pipit sedang terbang berhampiran dengannya. Melihat mereka, si pipit pun mendekati mereka dan mengekori mereka. Rupa-rupanya sekawan pipit tersebut sedang mencari makanan. Ketika si pipit mendekati mereka, sekawan pipit mengalu-alukan kedatangan si pipit dan mereka membantunya untuk mendapatkan makanan. Pertama kali si pipit mencari makanannya sendiri itu pun berkat bantuan sekawan pipit tersebut. Setelah kenyang, si pipit dan sekawan pipit pun terbang bermain-main di ruang angkasa yang luas. Seronoknya si pipit bermian-main dan menghirup udara segar kebebasan.

Ketika sedang sibuk terbang bermain tiba-tiba sekawan pipit bertempiaran lari terbang seakan-akan melarikan diri dari sesuatu dan meninggalkan si pipit bersendirian. Si pipit bingung, tidak tahu apa yang terjadi. Rupa-rupa pada waktu si pipit dan sekawan pipit sedang sibuk bermain, seekor helang terbang dekat dengan mereka dan itu yang menyebabkan sekawan pipit lari beterbangan. Melihat sang helang, si pipit terpegun dan dalam dirinya merasa kagum kepada sang helang. Cara dan gerak memang menunjukan akan kegagahan sang helang. Si pipit mula merasakan bahawa dirinya perlu menjadi seperti sang helang supaya ia nampak hebat dan gagah. Si pipit pun mula meniru gaya sang helang, ia terbang sebagaimana sang helang terbang.

Si pipit mula merasakan dirinya sehebat helang kerana gayanya adalah gaya helang. Apabila ia merasakan dirinya seperti helang, ia pun terbang untuk mendekati sang helang.
Melihat si pipit mendekatinya, sang helang pun tidak tunggu lama, ia pun menyambar si pipit untuk menjadi santapannya hari itu. Maka si pipit yang belum satu hari menikmati kebebasan kini telah menjadi habuan lazat sang helang, maka tamatlah riwayat si pipit.

Si pipit tidak kenal musuh menyebabkan ia dimakan oleh musuhnya. Dan si pipit juga menyangkakan dengan meniru cara helang akn menjadikan ia helang. Pipit akan tetap pipit walau ia meniru cara cara helang. Apa yang dialami oleh pipi adalah kekeliruan identiti. Cerita si pipit adalah kisah contoh kepada permasalah yang sebenarnya berlaku dalam masyarakat hari ini terutama golongan muda.
Golongan muda hari ini adalah golongan yang baru bebas dari sangkar. Setelah tamat pendidikan sekolah rendah dan menegah, sebahagian dari mereka dapat melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan sebahagian lain mula bekerja. Tamat alam persekolahan juga menandakan tamatnya penggusaan secara mutlak ibu bapa atau warden bagi yang berasrama penuh. Kini mereka berhadapan dengan kebebasan yang tidak pernah mereka miliki sebelum ini. Tetapi kebebasan ini kadangkalanya tidak mampu dikawal oleh golongan muda ini dan kebanyakkan mereka terperangkap dengan krisis indentiti.

Mereka terdedah dengan banyak hal yang selama ini tidak mereka hadapi. Pasti saja mereka pernah mendengar tentang kebebasan yang tidak terbatas tetapi kehidupan di rumah dan asrama sekolah sentiasa dikawal oleh ibubapa dan warden. Dan itu banyak menghalang mereka untuk terjun dalam dunia tanpa batas tersebut. Kini yang menghalang tidak ada di depan mata, keinginan yang membuak-buak yang dahulunya terpendam kini dapat diluahkan. Mereka merasakan bahawa cara hidup barat itu begitu ideal untuk diri mereka dan sebagai tanda yang mereka tidak ketinggalan zaman.

Mereka mula meniru hidup cara barat dengan beratas namakan kebebasan dan kemajuaan. Tingakah laku mereka adalah tingkah laku barat dan mereka juga merasakan tidak ada bezanya mereka dengan remaja barat dan cara kehidupan barat. Mereka mula menukar nama-nama manja mereka kepada nama barat. Dengan melakukan hal ini mereka telah merasakan diri mereka seperti orang barat.

Tetapi mereka lupa bahawa barat menjadi barat hari ini setelah mereka menolak agama dan menjadikan agama sebagai kerja hujung minggu sahaja dan bukan dalam kehidupan harian mereka. Dan ini sama sekali tidak ada kaitan dengan kemajuan. Untuk maju tidak perlu membuang agama, tetapi untuk hidup cara barat, syarat utamannya adalah menjauhkan diri dari agama. Hal ini bukan baru dalam masyarakat barat, mereka telah menolak agama sejak 300 ratus tahun sejak revolusi perusahaan berlaku di Eropah. Sejak itu tidak ada lagi hubungan gereja dengan sains dan politik.

Untuk golongan muda di tanah air yang tercinta, jika benar-benar mahu menjadikan kehidupa barat sebagai kehidupan yang ideal, hal yang pertama perlu dilakukan ialah dengan membuang agama dan menjadikannya sebagai kegiatan hujung minggu sahaja. Dan yang lebih malang ialah penyebaran budaya hidup barat adalah satu bentuk penjajahan baru ke atas Negara kita. Dengan menyangkakan kita telah menjadi barat, sedangkan realiti kita sebaliknya, kita mula mendekati barat dna akhirnya kita menjadi mangsa barat sebagimana pipit ketika menyangkakan dia telah menjadi helang akhirnya ia menjadi mangsa helang.

No comments: