Sunday, July 6, 2008

kenduri kawin

Kenduri Kawin
Tribute to Hasnizar (jai) dan NurHafiza (fiza)
Semoga ikatan pernikahan hanya dipisahkan oleh hayat. Akan diperbanyakan zuriah. Dan sabar mengharungi lautan gelora kehidupan dengan bahtera ikatan suci suami dan isteri

Di mana-mana orang buat majlis perkawinan. Papan tanda arah terpacak di mana-mana, kadang-kadang dalam satu taman perumahan, sampai ada tiga empat majlis ada kenduri kawin, maka jadilah seperti perang sepanduk pilihan raya, untuk menunjukkan arah tempat keduri perkawaninan. Tujuannya Cuma satu, untuk memudahkan para jemputan untuk sampai. Menyahut jemputan ini membesarkan hati mempelai dan keluarga demi meraikan hari penting kedua mempelai. Ribuan duit telah ditaburkan untuk meraikan perkawianan, maka sewajarnya, mempelai dan keluarga mereka berharap sangat para jemputan untuk hadir.

Cerita tentang duit ini, bukan sedikit yang perlu dibelanjakan untuk mendirikan rumah tangga, walau pun mas kawin tidak seberapa tetapi hantaran kawin seperti harga minyak juga naik tidak pernah turun. Itu belum termasuk hadiah hantaran yang perlu diberikan. Baik keluarga lelaki maupun perempuan, mahu perkawinan anak mereka diraikan, maka kenduri perkawinan perlu dibuat, dan tidak sedikit wang yang perlu dikeluarkan untuk itu. Memang seronok bila keluarga akan berkumpul untuk saling membantu menjayakan keduri kawin, saudara mara yang jarang jumpa pun akan menjengok muka, maka akan terpupuk silahturrahim. Suara riang kedengaran, generasi baru pula berlari bermain sesama mereka. Semuanya seronok, semuanya gembira, banyak kisah-kisah lama diceritakan kembali disilang dengan gelak ketawa, yang lama tidak jumpa bertukar khabar. Ikatan kekeluargaan dikuatkan kembali.

No comments: