Wednesday, July 9, 2008

Antara tekanan dan ganguan jin

Semalam 8hb 7. 2008, pak beb ke jb, sebelum pulang ke Kuala Lumpur, sekitar pukul 8.30 malam, Pak Beb di jemput ke sebuah rumah di area larkin. Tujuannya untuk melihat ayu (bukan nama sebenar) yang menderita sakit akibat ganguan makluk halus. Ayu berusia 18 tahun, yang mendapat 4 A dalam peperiksaan SPM, baru-baru ini, gagal mendaftar diri ke UITM kerana ganguan yang dialaminya.

Setelah sampai, pak beb terus membuka Al Quran dengan membaca ayat-ayat tertentu untuk mendapatkan pedoman, apa sakit yang di alami oleh ayu. Dari kandungan ayat tersebut, pak beb faham bahawa punca sakit ayu adalah tekanan perasaan kerana ia menganggap 4A dalam SPM sama dengan erti kegagalan. Sejak itu ia dilanda kemurungan dan mula bercakap sendiri, jiwanya terlalu lemah hingga menyebabkannya mula diganggu oleh makluk halus atau jin, walau pun ketika pak beb melihatnya semalam, tidak ada lagi jin bersama dengannya, Cuma hanya ada kesan-kesan kehadiran jin sebelum ini.

Pak beb mula mengubati ayu dengan cara yang biasa pak beb lakukan dan berjanji kepada ibu ayu, pak beb akan dapat lagi selepas 2 minggu. Apa yang ingin pak beb sampaikan di sini bukan cerita jin, tetapi kemurungan yang dihadapi oleh orang seperti ayu. Kes seperti ayu bukan kes yang pertama yang pak beb alami, mungkin yang ke 7 atau ke 8, pak beb berhadapan dengan anak-anak muda yang mengalami tekanan perasaan. Kesemuanya mereka adalah pelajar cermelang tetapi mereka merasakan bahawa mereka masih gagal mendapat target yang mereka harapkan. Mereka merasakan bahawa keluarga akan memarahi mereka kerana menganggap mereka gagal. Jiwa mereka mula tertekan. Ada seorang ayah pernah mengantar anaknya ke doctor kerana anaknya mengalami sesak nafas dan mula bercakap sendiri. Keputusan doctor amat memerajatkan, anaknya tidak ada sakit apa-apa pun. Dia pun membawa anaknya untuk bertemu pak beb, dan dari ayat-ayat Al Quran, pak beb faham bahawa, anaknya mengalami tekanan perasaan bukan kena ganguan makluk halus atau hantu.

Remaja yang seperti ini sering inginkan tumpuan dan perlu kepada dukungan keluarga untuk menguatkan mereka, rakan-rakan juga boleh memainkan peranan penting supaya tekanan ini dapat diatasi. Dari kes-kes seperti ini, memang terbukti bahawa keluarga memang saying kepada mereka tetapi mereka tidak tahu punca sebenar penyebab anak-anak mereka tertekan atau mereka tidak tahu yang anak-anak mereka sedang tertekan. Mudah-mudahan kes yang seumpama ini tidak banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

2 comments:

zelmey said...

Banyak2 jin, jin apa yg paling bahaya?

Unknown said...

jadi bagaimana nak mengubati? brp lama biasanye perlu diambil utk kembali sembuh?