Wednesday, July 23, 2008

Umrah

Umrah
Alhamdulillah sekali lagi pak beb diberikan rezeki menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan ibadah umrah. Dan ini bukan pertama kali pak beb pergi dengan tidak ada duit di tangan. Bukan sahaja duit poket tapi duit tambang pun tidak ada. Tapi syukur semuanya berjalan lancar..pergi dan kembali dengan selamat.

Mungkin ramai akan bertanya macam mana pak beb boleh pergi dengan tidak ada duit? Pak beb sentiasa yakin, bila Allah mahu kita menjadi tetamunya, apa pun tidak boleh menghalang, walau pun tidak ada duit sekali pun.

Cuaca panas kota madinah dan mekah membuat kehangatan ibadah dengan penuh rasa rindu dan cinta terhadap Rasulullah dan keluarganya di Madinah dan Rumah Allah di Mekah. Terutama bila umrah dilakukan dalam bulan rajab, bulan umrah Rasulullah.

Segala doa teman-teman amat pak beb hargai dan pak beb sentiasa mendoakan semua di tempat-tempat suci di Mekah dan Madinah.

No comments: