Friday, June 27, 2008

Bila hidup tidak bermaya

Setiap orang ada masalah sendiri dan pasti mereka menganggap masalah mereka adalah masalah yang paling besar dan seakan beban yang tidak mampu ditanggung. Bukan semua orang mampu menghadapi masalah dan lebih parah lagi bukan semua orang mampu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Mereka-mereka yang tidak mampu memikul masalah dan tidak mampu menyelesaikannya sering menanggap bahawa hidup mereka sudah tidak berguna lagi. Tiada lagi kemanisan dalam hidup, yang ada hanya racun. Setiap detik yang berlalu ibarat pedang-pedang tajam yang meyiat-yiat tubuh mereka. Mereka tidak bermaya dalam meneruskan hidup, berfikir pun mereka tidak mampu. Mereka menyerahkan diri mereka kepada apa saja kemungkinan yang akan berlaku. Tetapi malangnya ada dikalangan mereka ini juga takut untuk mati. Jadi hidup susah, nak mati pun susah.

Bagaimana perkara ini berlaku ke atas diri kita? Apa yang akan kita lakukan? Apakah kita akan berserah pada takdir? Bukan mudah untuk menjawab hal ini, mungkin saja ia belum berlaku atas diri kita dan jika ia berlaku,apakah kita sudah siap? Maka kita perlu meyiapkan diri sebelum ia berlaku. Berfikir sebelum kita tidak mampu berfikir. Belajar menyelesaikan masalah sebelum diserang masalah. Jadilah army of life yang hebat sebelum memasuki medan peperangan hidup yang hebat.

No comments: