Thursday, January 3, 2013

4 januari



Bicara tabib cinta

Kalimat cinta untuk tarikh 4 januari


Maulan Jalaludin Ar Rumi seorang ahli sufi yang terkenal di dalam kitab masthnawinya mengatakan :

Cinta tidak dapat diterangkan dengan kata-kata tetapi dengan pengalaman

Sememangnya sukar untuk mendifinasikan cinta, walau dengan seribu perkataan pun masih tidak mampu mengambarkan hakikat cinta.

Mereka yang lahir pada tanggal ini adalah orang yang suka memendam perasaannya. Mungkin ia juga adalah seorang yang pendiam atau tidak gemar berkongsi kisah hidupnya dengan orang lain. Dalam percintaan, orang yang lahir pada hari ini sering gagal mengungkapkan rasa cintanya kepada yang ia cintai. Jika sudah memiliki pasangan, pasangan ini lebih romantik kerana hubungan mereka tidak terikat dengan urusan meterial. Jika ia seorang isteri, maka suaminya adalah orang yang sukar difahami tetapi sering menunjukan kasih sayang tetapi bukan dalam bentuk kata-kata. Jika ia seorang suami, isterinya kuat merajuk dan sering meminta untuk diperhatikan.
Allah a’lamu bi sawab


No comments: